KUALA LUMPUR – Audi Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Swire Motors sebagai pengedar rasminya yang terbaharu di negara ini.
Syarikat tersebut telah memulakan tugasnya mengedarkan jentera Audi di negara ini sejak awal bulan ini dengan menggunakan fasiliti jualan Audi Puchong yang terletak berdekatan dengan SetiaWalk Mall.
Fasiliti tersebut akan digunakan Swire Motors sehingga pembinaan pusat 3S Audi Puchong selesai dan bakal memulakan operasinya pada tahun 2018.
Pengarah Pemasaran Audi Malaysia, Rudi Venter berkata, Puchong merupakan lokasi yang penting bagi Audi di negara ini daripada sudut jualan dan perkhidmatan selepas jualan.
“Kami berbesar hati dengan penyertaan Swire selaku salah satu syarikat pengedar jentera Audi di Malaysia dan saya berharap kami menerima manfaat daripada pengalaman mereka yang luas dalam bidang automotif baik di peringkat tempatan mahupun luar negara seperti Taiwan, Hong Kong dan China.
“Audi Puchong tiba tepat pada masanya, malah ia seiring dengan pelancaran AudiA4 serba baharu yang merupakan model paling popular kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Maman