KUALA LUMPUR – Volkswagen Passengers Car Malaysia (VPCM) semalam melancarkan Volkswagen Jetta baharu yang didatangkan dalam tiga varian.
Harga kesemua varian tersebut ialah RM108,990 bagi varian Trendline, RM117,990 (Comfortline) dan RM128,990 (Highline).
Jetta merupakan jentera Volkswagen pertama yang dilancarkan oleh VPCM sejak syarikat tersebut memulakan operasinya awal bulan ini.
Jentera berkenaan yang merupakan antara model paling laris keluaran Volkswagen boleh dibeli bermula 1 September lalu dengan tawaran lima tahun jaminan pengilang. – Maman