1. Motosikal yang digunakan adalah prototaip dan tidak berada dalam pasaran untuk kegunaan umum.
2. Kapisiti enjin ialah 1000cc dengan empat silinder dan bore maksimum dibenarkan ialah 81mm manakala enjin 2 stroke tidak dibenarkan.
3. Setiap pasukan dalam MotoGP dibekalkan tujuh enjin untuk aksi perlumbaan setiap musim.
4. Sejak 2016 semua ECU MotoGP dikeluarkan oleh Magnetti Marelli.
5. Kelajuan MotoGP ialah antara 160km hingga 320km maksimum.
6. Berat keseluruhan jentera MotoGP ialah 160kg.
7. Tayar yang digunakan dalam MotoGP hanya untuk sekali penggunaan sahaja berikutan amat sensitif dan berisiko andai digunakan berulang kali malah harga tayar MotoGP lebih mahal daripada sebijik proton Saga yang baru. – Jali
Kredit: Viral Info