
UMW Toyota Motor hari ini membuka tempahan bagi Toyota Innova serba baharu.
Jentera tersebut didatangkan dengan waranti selama lima tahun berserta perbatuan tanpa had. Waranti itu juga masih sah sekiranya Innova berpindah milik kepada pemilik baharu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.toyota.com.my atau mengunjungi bilik pameran Toyota yang berhampiran, selain menghubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682). – Luke



