Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Penghantaran dengan bergaya

Posted on December 27, 2017 by Ekzosmy

Oleh ZAIM ZAINAL

Nissan Vanette, tentu ramai kenal model van ini kan dari model C20, C22 dan sekarang ni model paling terbaru NV200. Iyanya dibina sejak 1978 hingga kini masih menjadi pilihan utama, terutama pemilik perniagaan industri kecil dan sederhana IKS, Kerana model ini tahan lasak serta mempunyai kos penyelengaraan yang murah dan rendah.

 

Pengunaan enjin A15 pada model dahulu tidak lagi digunakan pada model NV200 terbaharu ini, dimana model NV200 kini dipacu dengan nadi lebih moden dan canggih HR16DE disertakan dengan CVTC ( Continuously Variable-Valve Timing Control ) yang mampu menghasilkan tork 152Nm. Enjin baharu ini juga mampu memberikan penjimatan petrol terbaik dimana nissan menyatakan iya mampu memberi penjimatan sehingga RM0.15/km. Ia cukup baik dalam kelasnya tersendiri bagi kegunaan harian.

NV200 kini mempunyai sistem gantungan yang jauh lebih selesa, kerana kini pengunaan suspensi bergantung sendiri MacPherson serta bar pengstabilan kenderaan turut disertakan bagi pemanduan yang lebih selamat dan selesa. Pengunaan spring dedaun pada bahagian belakang pula untuk NV200 ini digunakan supaya mampu mengangkat barang-barang kerja harian yang berat.

Pengunaan stering kawalan elektronik EPS ini lebih efisyen dimana NV200 ini mampu membuat pusingan U dlm jarak 5.2m dimana iya sangat sesuai penggunaan di dalam bandar. Papan pemuka NV200 kini lebih canggih dimana pengunaan papan meter informasi canggih yang mampu memantau kondisi enjin serta memudahkan pengguna bagi memantau rekod servis kenderaan.

Harga bagi model NV200 panel van ini RM 69,900.00 , bagi model NV200 semi panel pula RM 73,900.00 , harga tersebut termasuk GST. Untuk menempah serta pandu uji kenderaan ini, anda boleh la ke bilik pameran Nissan. – ekzos.my

Auto My ekzos.my Nissan Nv200 Pandu Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378208
Views Today : 1596
Total views : 1353151
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes