Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Apa itu offset?

Posted on January 2, 2018 by Ekzosmy

Oleh Zaim Zainal

Majoriti pemilik kenderaan pasti gembira apabila ingin menukarkan rim sukan ” sport rim” pada kenderaan masing-masing kan, kerana mampu memberi kenderaan kita lebih menarik, bergaya dan lebih baik pengendaliannya berbanding rim asal kenderaan.

Antara bahasa yang sering digunakan ketika mencari saiz rim ialah 16inci, 17inci, 18inci, 19inci, 20inci dan selanjutnya. Ini adalah bahasa biasa yang digunakan dalam setiap perbualan pemilik kenderaan yang ingin menukarkan saiz diameter “sportrim” kenderaan masing-masing. Angka-angka tersebut merupakan bacaan diameter sesebuah roda “rim”. Kebiasaanya unit inci digunakan dalam kiraan diameter sesebuah roda.

“BRO!! Rim ni berapa lebar JJ dia ?” Tentu ramai biasa guna ayat seperti ini kan dalam perbualan mengenai lebar roda “rim” anda kan. Tapi tahukah anda bukan setakat huruf J sahaja yang digunakan,akan tetapi ada juga roda yang menggunakan huruf JJ, J, K, B, P, JK, D. Hari ini kita ringkaskan bagi anda mudah faham, huruf J yang ini adalah sebenarnya menunjukkan jenis bentuk bibir hujung sesebuah roda “rims”. Bagi mengentahui lebar roda “rims” biasanya kiraan lebar roda “rims” di ambil dari hujung dalam bibir A ke hujung dalam bibir B dan diunitkan kiraan dalam unit inci (rujuk gambar rajah A2). Contoh 18inci x 8″ j ( bermaksud diameter saiz rim 18 inci , lebar rim 8 inci. )

Anda biasa lihat ada roda “rims” didatangngi dengan empat lubang , lima lubang , enam lubang dan sebagainya dimana dimaksudkan lubang pengikat nut pada kenderaan. Sekarang apa yang anda perlu tahu adalah PCD. “Pitch Circle Diameter” atau singkatannya PCD adalah ukuran bagi jarak lubang pengikat untuk sesebuah roda diambil kira dari lubang tengah roda “rims”. Ada kederaan pcd 108,110,112,114,120 dan sebagainya, kebiasaannya ditulis dengan PCD 5×112 bermaksud 5 lubang pcd 112.

ET adalah “Einpresstiefe” adalah singkatan dari bahasa german. Wow berbelit juga lidah menyebut nama panjang dia, maka pengunaan singkatan ET adalah lebih mudah,atau lebih difahami adalah offset. “Offset” dikira dengan unit MiliMeter (mm). (Rujuk gambar rajah A4)

Ihsan Google

 

Dalam pengunaan bahasa yang lebih mudah difahami kita semua, dimana jika no offset besar seperti +42mm, +45mm dan sebagainya maka kedudukan tengah roda “rims” akan lebih keluar dari titik tengah roda. Sebaliknya jika no offset kecil seperti -20mm, -15mm dan sebagainya maka kedudukan tengah roda “rims” akan lebih kedalam dari titik tengah roda. Jadi pemilihan offset yang betul perlu la dititik beratkan dalam pemilihan roda “rims” supaya anda tidak mengalami masalah yang tidak diingini.

Sekian penerangan yang serba ringkas dari Abg Pomen, diharap dapat membantu anda semua..ok abg gerak dulu, apa-apa roger. ekzos.my

Auto My ekzos.my

1 thought on “Apa itu offset?”

  1. Owga says:
    January 12, 2020 at 7:04 am

    Boleh tak sekiranya saya guna rim sukan saiz 15” ET32 manakala original rim 14” ET45 perodua Bezza

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378211
Views Today : 1634
Total views : 1353189
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes