Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan NISSAN NV350 Urvan (High Roof) facelift dengan reka bentuk global generasi baru NISSAN kepada kenderaan penggerak 14 orang penumpang yang paling popular.
NV350 Urvan facelift kini hadir dengan Gril Hadapan Signature V-motion NISSAN dan Bampar Hadapan yang ditambah baik, Lampu Utama Halogen yang telah direka semula dengan pelaras manual untuk pandangan yang lebih baik pada waktu malam, serta reka bentuk Stereng baharu dengan sentuhan moden di ruang kabin.
“NISSAN NV350 Urvan merupakan salah satu kenderaan komersial paling laris di Malaysia kerana keupayaannya membawa 14 orang penumpang, kualiti pemanduan dan prestasi penjimatan bahan api luar biasa. Nisssan NV350 Urvan facelift kini dengan stok sedia ada yang boleh didapati di seluruh negara, dan kami percaya kenderaan ini dapat menyokong dan mengembangkan perniagaan para pelanggan kami kepada tahap yang lebih baik.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Dipasang dengan enjin pengecas turbo 2.5L YD25DDTi berkuasa tork tinggi dan teknologi diesel bersih, NV350 Urvan menggunakan transmisi manual 5-kelajuan untuk prestasi pemanduan yang mengagumkan.
Padanan enjin dan transmisi ini cukup efisien untuk mencapai tahap penggunaan bahan api sekitar 8.7L/100km berdasarkan kepada kitaran ujian NEDC (New European Driving Cycle). NV350 Urvan facelift ini juga diiktiraf sebagai EEV (Energy Efficient Vehicle).
Ciri-ciri lain termasuklah Pengehad Kelajuan (ECE R89: Peranti Pengehad Kelajuan) dipasang untuk memastikan had kelajuan 100km/j untuk kenderaan penumpang >12 tempat duduk di Malaysia dipatuhi, serta Penutup Bahan Api dengan Kunci (ECE R34: Menghalang Risiko Kebakaran) turut dipasang. Sistem Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Lampu Berhenti pada kedudukan tinggi dan Kunci Keselamatan Kanak-kanak menjadi ciri keselamatan standard.
Manakala Zone Body Construction NISSAN memaksimumkan perlindungan para penumpang jika berlaku kemalangan. ekzos.my