Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Vios Challenge musim Pertama di kemuncak.

Posted on March 23, 2018 by Ekzosmy

Musim Pertama Vios Challenge tiba kemuncak
Oleh: ZAIM ZAINAL

Kuala Lumpur, 22 Mac 2018. Selepas tiga pusingan yang mendebarkan dengan aksi-aksi sukan permotoran yang akan diingati sepanjang dekad ini di Malaysia, penganjuran sulung Vios Challenge akan sampai ke kemuncaknya pada hujung minggu ini yang bertempat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Kuala Lumpur.

Perlumbaan unik ini melibatkan 40 jentera lumba Toyota Vios yang serupa, berentap dalam tiga kategori berasingan; Super Sporting, Sporting, dan Promotional. Pemenang pertama Vios Challenge akan ditentukan sebaik sahaja selesai perlumbaan ini.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata ” Saya percaya perlumbaan Vios Challenge telah menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses oleh warga Malaysia. Melihat kepada sambutan baik daripada peminat yang datang, saya percaya perlumbaan one-make race seperti ini akan terus menjadi platform yang amat positif untuk kami kembangkan, di samping turut menjadi acara untuk seisi keluarga.”

Kategori yang paling popular dalam perlumbaan ini tentunya kelas Promotional yang menyaksikan barisan selebriti terkenal tanah air seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice min dan Shawn lee yang berentap merebut kejuaraan. Bagi penggemar siri televisyen My Coffe Prince tidak harus untuk melepaskan peluang untuk mengunjungi Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival hujung minggu ini, serta untuk kanak-kanak pula mereka akan dihiburkan oleh maskot Didi and Friend’s termasuk Pak Atan. Terdapat juga sesi uji bakat terbuka yang akan dijalankan di ruang pameran Astro.

Selain itu terdapat tarikan di TGR ini dimana Toyota menampilkan semua model-model terbaru dan termasuk Toyota CH-R di bilik pameran TGR. Tidak ketinggalan juga pengunjung boleh melihat model-model toyota Hilux L-edition, Sienta V, Innova X dan Avanza X, serta berpeluang untuk memandu uji dan bercakap dengan perunding jualan. Bagi yang ingin merasakan pengalaman pemanduan mencabar di laluan khas dengan Hilux dan Fortuner, ini adalah peluangnya. Terdapat juga Toyota Top Mark turun padang bagi menjalankan pemeriksaan segera terhadap kenderaan pengunjung sekiranya mereka berminat untuk melakukan tukar beli kenderaan.

Terdapat juga persembahan drift oleh juara dunia dari jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino yang akan memukau penonton dengan kemahiran pemanduan mereka menggunakan jentera toyota 86 yang ditaja oleh Toyo Tires. Sebagai sebuah festival, sudah tentunya terdapat jualan makanan yang menjadi daya penarik tersendiri. Kali ini, sebanyak 18 buah trak makanan dan minuman akan turut serta pada hujung minggu ini.

Sebelum perlumbaan bermula, litar berkenaan juga akan dibuka pada awal pagi sabtu dan ahad selama sejam bagi acara Fun Run dan Fun Ride untuk pengunjung yang berminat. Sesi ini dianjurkan untuk membolehkan sekitar 700 peserta berdaftar untuk merasakan sendiri bagaimana keadaanya berada di dalam litar perlumbaan berkenaan. Ini adalah sebahagian daripada usaha Toyota mempromosikan gaya hidup sihat.

Masuk ke Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival ini adalah percuma, dan acara bermula dari jam 9 hingga 6.30 petang. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari laman web, Facebook atau Instagram Toyota GAZOO Racing Malaysia.

Aktiviti Auto Global Auto My C-HR Camry ekzos.my Innova kereta Pandu Uji Riadah Sukan Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
379596
Views Today : 842
Total views : 1359236
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes