Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Proton yakin usaha naik taraf rangkaiannya

Posted on April 16, 2018 by Ekzosmy

2018 merupakan tahun yang penting untuk PROTON selepas pengambilalihan 49.9% saham oleh Geely. Syarikat sedang giat menjalankan pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa yang singkat.

Dengan adanya rakan niaga baharu ini harapan dan usaha diketengahkan dalam menaikkan nilai jenamanya di samping meningkatkan usaha untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai sebahagian daripada pendekatan 180o dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kereta Proton. Inisiatif ini juga untuk mempersiapkan rangkaian bagi kedatangan SUV pertama PROTON yang memiliki ciri-ciri dari segmen premium dan dilancarkan pada akhir tahun ini.

61% kuota telah dipenuhi bagi naiktaraf rangkaian
Model pertama yang dihasilkan bersama Geely akan dijual melalui pengedar yang mampu memberikan pengalaman premium kepada pelanggan. Dalam tempoh 3 bulan ketika Syarikat mengumumkan satu skim kepada pengedar dan pelabur baharu untuk menaiktaraf atau membina pusat 3S/4S, PROTON telah menerima sebanyak 170 permohonan, dengan 82 daripadanya berpotensi untuk mendapat kelulusan bagi dinaiktaraf.

Setakat ini, 66 permohonan telah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan. Justeru itu, PROTON berharap untuk mencapai sasaran bagi menjalankan penaiktarafan rangkaian pengedar pada 2018 tepat pada masanya untuk pelancaran SUV baharu, dan sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam fasa-fasa pelan peningkatan sehingga 2020.

Berikutan kerjasama antara PROTON dan Geely pada akhir 2017, Syarikat menumpukan untuk mengoptimumkan proses dan produk-produknya sambil mencari tenaga kerja mahir yang baharu.

Dengan pelantikan jawatan bagi ahli-ahli industri automotif yang berpengalaman sehinggalah ke pengurusan kanan global yang utama, PROTON melaksanakan inisiatif- inisiatif yang meneliti lapan bidang kritikal untuk memberikan hasil holistik kepada proses pemulihan.

Salah satu inisiatif utama yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti secara keseluruhan pada model-model sedia ada Proton. Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang juga merupakan penyesuaian sistem yang digunapakai Volvo Cars, telah membantu mengenalpasti isu-isu dan telah menghasilkan markah audit yang kukuh pada semua model. Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini kerana PROTON berfungsi untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium. Ekzos.my

Auto My ekzos.my Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
376908
Views Today : 40
Total views : 1346991
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes