Malaysia Autoshow 2018 kembali dengan menawarkan pelbagai pengalaman dan tarikan bagi pengunjung-pengunjung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula hari ini hingga 29 April 2018.
Acara edisi keempat yang pertama kalinya dianjurkan pada bulan April dengan tema “360-degree Mobility Experience”.
Kali ini Malaysia Autoshow telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Lebih 100 model kenderaan dipamerkan termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Pengunjung juga boleh merasai sendiri prestasi dan ciri-ciri keselamatam disamping keselesaan model-model terbaharu di litar ujian sepanjang tiga kilometer.
Selain itu, pengunjung-pengunjung boleh mencuba sendiri ciri-ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), lane departure assist technology dan adaptive cruise control.
Disini juga anda boleh merasai sendiri aktiviti off road Toyota 4X4 Offroad Experience dan mencuba sendiri Go Kart racing.
Antara tarikan lain di Malaysia Autoshow 2018 ialah, hadiah utama sebuah Kia Picanto, jenama kenderaan Borgward, miliki set setem peribadi dari Pos Malaysia, pakej percutian di dalam ASEAN dan banyak lagi. Ekzos.my