Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Model Perodua sehingga RM3,500 lebih murah dengan kadar 0% GST

Posted on May 31, 2018 by Ekzosmy

Perodua telah mengeluarkan senarai harga baru bagi semua modelnya berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0% mulai  1 Jun 2018.

 

“Bermula 1 Jun, semua kenderaan Perodua secara purata berharga 5.6% lebih rendah berbanding sebelumnya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin.

 

“Memandangkan kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula pada bulan September, kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kesempatan yang terbaik dalam tempoh tiga bulan ini untuk membeli kenderaan Perodua,” katanya.

 

Oleh yang demikian, pembayaran balik GST untuk pembelian kenderaan, servis dan pembelian alat ganti dari 18 sehingga 31 Mei akan berakhir, kerana pelanggan akan membayar 0% GST mulai 1 Jun.

 

Tambahan kepada 0% GST, untuk bulan Jun, Perodua juga menawarkan rebat sehingga RM800 untuk model dan varian yang terpilih.

 

“Sila kunjungi mana-mana cawangan jualan dan servis yang sah di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami.

 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan mereka yang berterusan. Kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya kepada semua yang beragama Islam,” kata Dato’ Dr Zahari.

 

Auto Global Auto My Axia ekzos.my GearUp kereta Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377500
Views Today : 605
Total views : 1349354
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes