Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW Group Malaysia Meneruskan Komitmennya untuk Meningkatkan Kesedaran terhadap Keselamatan Jalan Raya dengan Program BMW Safety 360°.

Posted on June 20, 2018 by Ekzosmy

BMW Group Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan “Safety Starts with You”, iaitu sebuah siri video Hebahan Khidmat Awam (PSA) yang diarahkan oleh Finalis BMW Shorties, Mallory Lee. Siri tersebut merupakan sebahagian daripada Program BMW Safety 360º yang dianjurkan setiap tahun oleh pengeluar kenderaan premium ini.

Dengan penampilan kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, siri ini diterbitkan untuk memberi peringatan kepada orang dewasa supaya lebih berhati-hati semasa memandu di atas jalan raya, terutamanya ketika perjalanan balik ke kampung sewaktu musim hari raya ini. Ia juga menarik perhatian penonton terhadap beberapa peraturan asas lalu lintas, etika dan amalan yang baik untuk memelihara keselamatan di atas jalan raya. Siri ini mengandungi lima video yang setiap satunya berdurasi 30 saat yang menggalakkan penggunaan tali pinggang keselamatan dan tempat duduk kanak-kanak, indikator isyarat, serta pematuhan lampu isyarat, had laju dan penghindaran penggunaan telefon semasa memandu.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Keselamatan jalan raya dan kebertanggungjawaban di atas jalan raya harus dilihat dari segi teknologi, tingkah laku dan tindakan. Sementara kita berperanan sebagai pengeluar kenderaan premium yang secara berterusannya membuahkan reka bentuk dan memperkenalkan teknologi keselamatan untuk meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna jalan raya, ia juga mustahak bagi kami untuk mengingati bahawa keselamatan bermula dengan anda. Tingkah laku dan tindakan anda di atas jalan raya boleh menurunkan risiko kemalangan jalan raya secara signifikan. Melalui siri video ini, kami berharap ibu bapa dan individu dewasa secara umumnya boleh melihat bahawa sekiranya kanak-kanak dapat memahami peraturan jalan raya serta tingkah laku pemanduan yang baik, kita sebagai individu yang lebih dewasa boleh menilai semula tingkah laku kita yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan jalan raya.”

Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendedahkan bahawa pada tahun 2016, sebanyak 7,152 individu telah dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya di dalam negara. Sebanyak 80.6% daripada kemalangan jalan raya ini disebabkan oleh kesilapan manusia .  Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) melaporkan bahawa antara punca utama kemalangan jalan raya ialah pemanduan berbahaya dan kecuaian serta ketidakpatuhan peraturan lalu lintas1. Menurut Menteri Pengangkutan baru Anthony Loke, sebanyak 6,740 maut jalan raya telah didaftarkan pada tahun 2017. Walaupun ini menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya terus menurun, jumlah kemalangan jalan raya yang dicatatkan pada tahun lepas meningkat sebanyak 2.4% kepada 533,875, daripada 521,466 pada 2016.

Tambah Harald, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tahun 2013 juga melaporkan negara Malaysia yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 30 juta orang mencatat lebih kurang 7,000 hingga 8,000 kematian jalan raya saban tahun1. Malaysia menduduki tempat ketiga sebagai negara dengan kematian jalan raya tertinggi di seluruh dunia1. Ujar beliau, “Fakta yang mengejutkan ini tidak boleh dilihat sebagai angka semata-mata. Kita harus bersikap kritikal terhadap laporan ini dan menilai samada kita juga mempunyai peranan dalam angka yang dicatatkan ini, pertimbangkan semula salah laku kita di atas jalan raya, dan ingatkan diri kita sendiri untuk menjadi pemandu, penumpang, pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lebih baik.”

Siri “Safety Starts with You” juga memberi penekanan terhadap punca-punca kemalangan jalan raya yang lazim seperti:

 

 

  • Pemanduan cuai: #DontTextandDrive

 

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya dalam kalangan pengguna motosikal di kawasan Lembah Klang. Sebuah kajian melaporkan bahawa 43.4% pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan 61.9% daripada mereka menggunakan telefon bimbit di perhentian lampu merah, manakala 53.6% menggunakan telefon bimbit ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Walaupun lebih daripada 80% dalam kalangan mereka bersependapat tentang penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu yang boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya dan mengurangkan kebolehan pemandu untuk memfokus2, pemanduan yang cuai merupakan kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh kebanyakan pemandu. Episod “#DontTextandDrive” mengingatkan kita bahawa perhatian harus ditumpukan sepenuhnya ke atas jalan raya, serta tiada panggilan telefon, mesej atau notifikasi yang begitu mustahak; ia boleh ditangguhkan sehingga anda tiba di destinasi anda.

 

 

  • Ketidakpatuhan had kelajuan dan lampu isyarat: #LimitYourSpeed dan #SlowAtYellow

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pada tahun 2017 bahawa ia telah mengeluarkan 11,556 saman bagi kesalahan kelajuan dan 1,540 saman bagi kesalahan lampu isyarat dalam masa lima hari sejak Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dilaksanakan. Menjelang Disember 2017, JPJ telah mengeluarkan 417,684 saman trafik yang merangkumi kesalahan kelajuan dan lampu isyarat. Kesalahan-kesalahan ini akan ditampilkan melalui dua episod yang bertujuan untuk memberi peringatan tentang kepentingan kesabaran yang boleh menyelamatkan nyawa.

 

 

  • Penukaran haluan dan indikator isyarat: #FlipToSaveLives

 

Kebanyakan daripada kita pernah melakukan kesalahan penggunaan indikator isyarat sebelum menukar haluan. Ini merupakan salah satu daripada tingkah laku pemanduan berbahaya. Seperti yang boleh dilihat dalam satu episod siri “Safety Starts with You”, penggunaan mudah indikator isyarat didemonstrasikan oleh kanak-kanak. Agak sukar untuk kita memahami mengapa ia menjadi kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai pemandu. Penggunaan indikator isyarat yang mudah boleh mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya dan pelanggaran dari belakang atau sisi dengan kereta yang lain.

 

 

  • Tempat duduk kanak-kanak: TimeForChildSeatsNow

 

Program BMW Safety 360° telah menjadikan tempat duduk kanak-kanak sebagai fokus utamanya sejak beberapa tahun yang lalu dan akan terus menggalakkan penggunaannya serta mendukung tatacara penggunaan yang betul. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempat duduk kanak-kanak yang digunakan dan dipasang dengan betul dalam kenderaan boleh menurunkan kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sebanyak 71%, dan kematian dalam kalangan bayi sebanyak 54%. Tambahan lagi, ia telah menjadi fakta yang jelas bahawa kematian yang melibatkan kanak-kanak, iaitu sebanyak 73% disebabkan oleh pengabaian keselamatan5. Dalam salah satu episod siri “Safety Starts with You”, ibu bapa diingatkan untuk tidak menunggu undang-undang mewajibkan penggunaan tempat duduk kanak-kanak; sebaliknya, ibu bapa harus menyedari kepentingannya dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi keselamatan anak-anak mereka.

 

Siri “Safety Starts with You” ini diarahkan oleh Mallory Lee yang pernah mengarahkan filem pendek bertajuk “Gold! There’s Gold in the River” bagi BMW Shorties 2017 People’s Choice Award, dan beliau berjaya memenangi anugerah tersebut. Mallory juga merupakan finalis BMW Shorties pada tahun 2014 dengan filem pendeknya yang bertajuk “A Gift”, serta beliau juga pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah untuk peranan sokongan beliau bagi BMW Shorties 2014 untuk filem pendek yang bertajuk “Hello Angel”.

 

Mallory Lee merupakan graduan Liverpool John Moores University dan telah mendedikasikan usia belianya dalam pembikinan filem bebas, iklan komersial, serta kandungan digital. Ketika ini, beliau merupakan pengarah filem di Parrot Kreative, iaitu sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan syarikat ini menerbitkan dokumentari, video muzik, iklan komersial dan video korporat. Parrot Kreative juga pernah bekerja bersama jenama seperti Google, Microsoft, AirAsia, Vivo, Martell dan yang lain, dan kini sedang menghasilkan filem panjang yang diarahkan oleh Mallory sendiri.

 

Ujar Harald, “Sejak lebih dari sedekad, BMW Shorties telah membuahkan kejayaan yang memberangsangkan dalam usahanya untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat dalam industri perfileman. Pemenang-pemenang kami telah berkembang untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja perfileman yang berbakat dan dicari oleh pembikin filem di dalam industri ini; ia merupakan kepuasan bagi kami dan bagi negara ini apabila hasil seni Malaysia dipertunjukkan melalui festival-festival yang dianjurkan di seluruh dunia–ada antaranya yang berupaya muncul sebagai pemenang di festival antarabangsa. Selebihnya, kami berharap untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi peserta dan finalis kami sambil menjalin kerjasama dengan mereka untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti bagi teras perniagaan kami melangkaui program BMW Shorties. Kami berbesar hati untuk mendukung individu yang kreatif memperkembangkan kerjaya mereka di dalam industri yang berada di luar teras perniagaan kami.”

 

Siri “Safety Starts with You” boleh ditonton di SINI.

 

RAYA@BMW

BMW Group Malaysia juga akan menyambut Hari Raya ini dengan rebat menarik dan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif bermula dari 1.22% untuk pelbagai model BMW, bersama dengan BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow promosi untuk model BMW iPerformance terpilih. RAYA@BMW akan diadakan di semua pengedar yang sah dan pada tarikh di bawah, dengan aktiviti menarik untuk keluarga.

 

Pengedar Tarikh
Ingress Damansara 30 Jun – 1 Julai
Ingress Puchong 30 Jun – 1 Julai
Regas 23 – 24 Jun
Lee Motors 22 – 23 Jun
MW Seremban 23 – 24 Jun
MW Batu Pahat 23 – 24 Jun
MW Kuantan 23 – 24 Jun
TS Butterworth 23 – 24 Jun
TS Ipoh 23 – 24 Jun
Seong Hoe 23 – 24 Jun
Quill Automobiles 23 – 24 Jun
Wheelcorp 23 – 24 Jun
Wearnes 30 Jun – 1 Julai
Raza 23 – 24 Jun
AB Glenmarie 30 Jun – 1 Julai
AB Kuala Lumpur 30 Jun – 1 Julai
AB Sungai Besi 30 Jun – 1 Julai
AB Johor 30 Jun – 1 Julai
AB Penang 30 Jun – 1 Julai
AB Balakong 30 Jun – 1 Julai

 

Untuk maklumat lanjut mengenai RAYA@BMW, sila layari www.bmw.com.my.

Aktiviti Auto Global Auto My BMW ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377258
Views Today : 1535
Total views : 1348486
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes