Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Proton lancar ‘1 Tank Adventure’

Posted on July 17, 2018July 17, 2018 by Ekzosmy

Pernahkah anda tertanya sejauh manakah anda boleh pergi dengan satu tangki minyak? Kereta manakah yang mampu menawarkan kombinasi ciri-ciri ekonomi, praktikal, dan selamat pada harga yang berpatutan? Untuk menjawab persoalan ini secara muktamad, PROTON menyeru orang ramai untuk mencari jawapannya bersama-sama.

Dari 17 Julai hingga 5 Ogos 2018, PROTON 1-Tank Adventure akan diadakan di seluruh Malaysia bersama-sama dengan media, “key opinion leaders”, selebriti dan orang ramai untuk mengalami prestasi pemanduan model Proton terpilih sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan masakan lazat Malaysia dengan satu tangki .

Model paling laris PROTON iaitu Persona (1.6 CVT), Saga (1.3 CVT) dan Iriz (1.3 CVT) dipilih untuk mengembara ke 5 kawasan – Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur, Selatan dan Utara.

Pemenang dari setiap kawasan akan bersaing di peringkat akhir untuk gelaran juara PROTON 1-Tank Adventure.
Apa yang menjadikan PROTON 1-Tank Adventure berbeza dari pertandingan penjimatan minyak lain ialah ia mengundang para peserta untuk meneroka Malaysia secara pemanduan biasa kereta PROTON dengan hanya satu tangki minyak.

 

Oleh itu, ia adalah satu pengembaraan yang mengujakan.
Di samping itu, peserta dikehendaki memandu kereta standard, dan tidak boleh mengeluarkan alat-alat kecemasan seperti tayar ganti untuk mencapai perbatuan penggunaan minyak yang disasarkan. Peserta akan memandu secara bebas dengan penghawa dingin dan di bawah keadaan memandu biasa untuk merakamkan penggunaan minyak dalam masa sebenar. Malaysia Speed Festival (MSF) akan membantu dan mengesahkan data bagi menambah kredibiliti kepada keputusan penilaian.
3 dalam 1: Kawalan, Keselamatan dan Prestasi Penggunaan Minyak bersama PROTON
Selain menunjukkan penjimatan minyak, acara ini menawarkan aktiviti memandu dinamik di mana para peserta boleh mengalami pengendalian PROTON yang baik dan pengalaman pertama dalam prestasi keselamatan aktif dan pasif.

Aktiviti Auto My ekzos.my Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377495
Views Today : 585
Total views : 1349334
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes