Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Toyota Rush baharu diperkenalkan

Posted on October 19, 2018 by Ekzosmy

UMW Toyota Motor Sdn Bhd(UMWT) hari ini memperkenalkan Toyota Rush serba baru darigenerasi kedua model SUV tujuh-tempat duduk yang dibangunkankhusus untuk pasaran ASEAN. Toyota Rush sudah berada dalampasaran sejak 10 tahun lalu, dengan 18,000 unit terjual setakat ini di seluruh Malaysia. Direka untuk menjadi praktikal serta tahan lasak,Toyota Rush sebelum ini telah diberi kemaskini untuk menepatikeperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Dengan penawaran dari generasi kedua ini pula, Toyota Rush serbabaru masih mengekalkan imej sebuah SUV urban dengan pendekatanRugged-Active Lifestyle. Ia menggabungkan keselesaan sebuah keretadengan keluasan ruang serta posisi kedudukan kenderaan lebih tinggiyang sinonim dengan sebuah SUV.

Toyota Rush serba baru ini turut memperkenalkan 360-T, sebuahpendekatan baru Toyota yang berusaha untuk memberikan pakejterbaik buat pelanggan yang akan diterapkan pada model-model terbaru nanti. 360-T adalah berkaitan dengan Trust and Technologydari Toyota, menawarkan kepada pelanggan pakej inovasi lengkapyang direka untuk melindungi dan memberi kelebihan kepada merekaketika berada di atas jalan.

360-T terdiri daripada tiga elemen; Safe-T Plus yang hadir denganciri-ciri dan sistem keselamatan terkini sebagai standard; Connectivi-T yang menawarkan teknologi terbaru untuk perhubungan, hiburandan keselamatan; serta Guaran-T untuk kelegaan fikiran sepenuhnyasepanjang tempoh pemilikan kenderaan oleh pelanggan.

Rekaan Toyota Rush serba baru ini menjadi cerminan kepada sisidinamik yang boleh dijangkakan daripada model-model akan datangkeluaran Toyota. Lari jauh dari bentuk konvensional yang ada padamodel generasi pertama, penggayaan Rush serba baru ini mempunyaiimej dan garis badan yang lebih tajam, dikenali sebagai “R-BLADE”. Ia membawa semangat seperti berikut; R merujuk kepadaToyota Rush, manakala “blade” pula merujuk kepada unsur logamyang tajam. Warna dwi-tona yang digunakan sebagai tema jugamemberikan kesan visual yang berlainan.

Imej terkini pada Toyota Rush serba baru ini juga telah ditingkatkanuntuk membawa penampilan premium yang dilengkapkan lagi denganciri-ciri nilai tambah, menjadikannya sebagai pilihan yang lebihberbaloi.

Toyota Rush serba baru dikuasakan oleh enjin 1.5 liter DOHC 16-injap baru dari Toyota yang mempunyai janaan maksimum 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Dengan sistemtransmisi automatik empat-kelajuan yang terbukti berkesan dan cekapyang lengkap dengan sistem Automatic Stop-Start. Kadar penggunaanminyaknya kini lebih baik dan mampu mencapai 15.6 km per liter. Inimelayakkannya untuk diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional ketika ini.

Toyota Rush terus menggunakan sistem pacuan roda belakang untukmemberikan kelebihan kepadanya pada permukaan jalan yang pelbagai, menawarkan cengkaman yang lebih mantap ketika mendakidan juga untuk membawa bebanan berat.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan termasuk Electric Power Steering(EPS) yang menyumbang kepada bacaan penggunaan minyak yang lebih baik, serta saiz diameter tayar yang lebih besar dalam kelasnya. Toyota Rush memiliki kemampuan radius pusingan pada jarak 5.2 meter.

Rekaletak tempat duduknya pula ialah 2-3-2, dengan akses masukyang mudah ke barisan ketiga. Kapasiti ruang kargo ialah 217 liter, dan boleh ditingkatkan menjadi 514 liter dengan melipat tempatduduk belakang. Sebagai tambahan, jika ingin membawa baranganpanjang yang tidak melebihi berat 50 kg, landasan pada bahagianbumbung boleh digunakan.

Sistem audio DVD-AVX yang melengkapi model ini mempunyaiskrin sentuh 6.8-inci dan boleh digunakan sebagai sambungan ataulanjutan paparan kepada telefon pintar yang serasi. Ini membolehkanaplikasi tunjuk arah seperti Google Maps dan Waze dipaparkan padaskrin berkenaan. Ciri-ciri standard lain terdiri antaranya daripada 13 ruang untuk cawan, Multi-Info Display, Panoramic View Monitor (PVM) untuk pandangan 360-darjah dari atas dan Digital Video Recorder (DVR). Toyota AutoTag ada dipasang bagi memudahkanpembayaran elektronik di plaza tol sementara sistem Smart Entrymembolehkan pengguna mengunci atau membukanya melaluisentuhan pada pemegang pintu.

Toyota meletakkan faktor keselamatan sebagai keutamaan. Untuk itu, sistem keselamatan aktif telah dibangunkan bagi membantu pemandumengelak kemalangan. Gandingan antara sistem keselamatan termajuserta kejuruteraan bantuan komputer dengan rekaan keseluruhannyatelah membolehkan Toyota Rush serba baru mendapat penarafanASEAN NCAP lima-bintang (bagi kategori Perlindungan PenumpangDewasa dan Kanak-kanak).

Ciri keselamatan aktif lain yang melengkapi model ini yang ditawarkan sebagai penawaran standard ialah Blind Spot Monitor(BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). BSM membantupemandu menjadi lebih peka dengan pengguna jalan raya lain yang berada pada titik buta dan mengurangkan risiko perlanggaran. RCTA pula akan memberi amaran kepada pemandu terhadap kenderaan lain ketika pemandu ingin mengundurkan kenderaan.

Lagi ciri baru termasuk Pre-Collision System (PCS) yang membantumengurangkan kemalangan dalam kelajuan yang rendah dansederhana (hanya untuk Rush 1.5S). Sistem berkenaan menggunakankamera stereo dan mempunyai empat ciri khusus; amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, Front Departure Alert sertaPedal Misoperation Control. Ia direka sebagai sistem bantuan kepadapemandu, tetapi masih mengutamakan input daripada pemandu sendiriyang boleh mengatasi fungsinya pada bila-bila masa.

Toyota Rush serba baru didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpahad perbatuan. UMWT menjangka akan menjual sebanyak 3,600 unit model ini pada 2019. Sebagai persiapan terhadap permintaan yang semakin meningkat, model ini akan dipasangkan di kilang Perodua. Harga anggaran bagi Toyota Rush serba baru ialah RM98,000 bagivarian S manakala RM93,000 bagi varian G. Terdapat lima pilihanwarna disediakan — White, Silver Metallic, Dark Gray Metallic, Blue Metallic dan Dark Green Metallic. Tempahan bagi kedua-dua varianini telah dibuka di semua bilik pameran pengedar sah Toyota seluruhnegara bermula hari ini.

Auto My ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378059
Views Today : 380
Total views : 1351935
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes