Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkanbahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu mencatatsatu lagi sejarah dengan 5,500 tempahan diterima. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,000 unit telahdiserahkan kepada pelanggan setakat 30 Oktober 2018,merangkumi 73% dari jumlah tempahan.
“Pencapaian hebat ini menunjukkan ruang kabin yang luas dan selesa, bersama ciri-ciri keselamatan termajuyang ada pada Nissan Serena S-Hybrid serba baharuseperti 6 Beg Udara SRS, Vehicle Dynamic Control (VDC) dan Traction Control System (TCS). Ditambahdengan 13 konfigurasi tempat duduk, tempat duduk sifargraviti, tempat duduk baris kedua jenis Kapten denganperehat tangan dan tempat duduk baris ketiga bolehgelongsor menjadi sebab utama ramai keluarga di Malaysia memilih Serena sebagai MPV tujuh tempatduduk yang sempurna. Kilang pemasangan kami(TCMA) kini fokus untuk meningkatkan pengeluaran, pada masa yang sama memastikan tahap kualiti produktertinggi dan terus mempercepatkan penghantaran. Kamisangat berterima kasih kepada para pelanggan atas sokongan berterusan, sabar dan memahami,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Sebagai tambahan, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan Editor CarSifu 2018 untuk kategori MPV Saiz SederhanaTerbaik dan MPV Kompak Terbaik dalam AnugerahDSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY 2018) pada Mei 2018. Nissan Serena S-Hybrid serba baharumenawarkan penjimatan bahan api terbaik dalamkelasnya iaitu 14.2 km/L dengan pelbagai ciri inovatifseperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa DenganPengesan Kaki, Pintu Belakang Dwi-Bukaan, 7 SaluranUSB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) denganIntelligent Moving Object Detection (I-MOD), ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto™, ternyata menyumbang untukmenjadikan Nissan Serena S-Hybrid serba baharusebagai MPV No. 1 di Jepun, MPV saiz sederhana palinglaris mulai Januari hingga September 2018.
Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dan model-model inovatif Nissan di bilik pameran Nissan di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline PusatKhidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.