BMW Malaysia telah mengambil peluang untuk memperkenalkan BMW Moments – iaitu program keistimewaan pemilikan yang unik merangkumi semua pengalaman serta perkhidmatan pemilikan yang eksklusif, ia dirumus khas untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang komprehensif dan menyeluruh daripada BMW Group Malaysia.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Di BMW, kami senantiasa komited untuk menawarkan perkhidmatan kelas pertama kepada pelanggan-pelanggan kami, ia merangkumi pengalaman pemilikan yang terbaik di dalam segmen seumpamanya. Kami akan terus membawakan kebebasan bagi para pelanggan kami yang dihargai agar mereka dapat menikmati janji yang dirangkap dalam cogan kata, ‘Kenikmatan Pemanduan Sempurna’ dengan selesa menerusi inovasi, produk dan perkhidmatan yang ulung dalam industri ini. Kini, ‘BMW Moments’ akan memberikan kami kebolehan untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membawakan Pengalaman Pemilikan Premium BMW yang menyeluruh ditawarkan kepada setiap pelanggan.”
BMW Moments mempersembahkan rangkaian perkhidmatan dan keistimewaan yang terbaik, berhak kepada setiap pemilik jentera BMW. Ia merangkumi pelbagai tawaran bermula dari pilihan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif; penjagaan dan bantuan premium yang boleh dipercayai; sehingga ke penarafan kenikmatan pemanduan yang sempurna untuk para pelanggan menerusi pelbagai keistimewaan gaya hidup yang eksklusif; kesemuanya ditawarkan melalui tiga kategori yang tersendiri meliputi ‘BMW Support’, ‘BMW Care’ dan ‘BMW Privileges’.
Tenang sepanjang masa dengan BMW Support.
Dengan BMW Support, pemilik BMW tidak perlu lagi berasa khuatir dengan adanya tawaran seperti perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) dan Talian Kemalangan (Accident Hotline). Program perkhidmatan kecemasan ini menambah baik ciri keselamatan dan kemudahan bagi pemilik BMW di atas jalan raya.
Ditawarkan kepada pelanggan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan boleh diakses dengan hanya membuat satu panggilan, pakar yang bertauliah dari pusat panggilan tersebut akan membantu menyelesaikan semua jenis masalah yang melibatkan kerosakan atau kemalangan. Program tersebut menawarkan bantuan talian untuk seumur hidup dan bantuan organisasi, serta perkhidmatan mobiliti yang komprehensif sekira berlakunya kes kecemasan, imobilisasi atau kerosakan, semuanya akan ditangani tanpa pengenaan sebarang bayaran.
Program-program waranti untuk pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya dengan BMW Care.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh, semua kenderaan BMW yang baharu disertakan dengan Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW dengan Servis Berjadual Percuma. Waranti yang dibelakangi oleh pengeluar kenderaan ini akan ditawarkan sehingga tahun kelima bagi pemilikan kenderaan yang berkenaan dengan perbatuan tanpa had. Lanjutannya, program tersebut juga merangkumi servis berjadual percuma dan penyelenggaraan untuk jumlah perbatuan sehingga 100,000 km. Skop perkhidmatan dengan program waranti ini selaras dengan status Servis Berdasarkan Kondisi atau ‘Condition Based Service’ (CBS) dan meliputi perkhidmatan minyak enjin dengan penapis minyak dan kuantiti pengisian semula, penapis udara, penapis mikro, palam pencucuh, bendalir brek dan pemeriksaan kenderaan.
Program Waranti Tayar selama 2 Tahun oleh BMW menawarkan pemilik sebuah pelan perlindungan tayar yang komprehensif, meliputi kerosakan tayar yang disebabkan oleh objek-objek yang tajam, atau ekoran daripada perlanggaran dengan susur jalan atau lubang. Bagi kenderaan baharu, Waranti Tayar BMW (BMW Tyre Warranty) yang bersifat komplimentari ditawarkan bagi kesemua empat tayar yang dikenal pasti sebagai Tayar Berkelulusan Bintang BMW (BMW Approved Star-Marked Tyres) yang dipasangkan pada kenderaan BMW yang baharu terus daripada kilang pembuatan; bagi pembelian selepas jualan, Waranti Tayar BMW yang komplimentari juga tersedia bagi mana-mana Tayar Berkelulusan Bintang BMW yang dibeli daripada mana-mana Pengedar BMW yang Bertauliah.
Dijuruterai menerusi kolaborasi dengan pembuat tayar yang terkemuka dari seluruh dunia, Tayar Berkelulusan Bintang BMW merupakan satu-satunya tayar yang diperbuat untuk memenuhi piawaian prestasi kenderaan BMW. Harmonisasi yang sempurna antara roda, tayar dan komponen casis amat penting untuk mengecapi tahap pengendalian dan prestasi yang paling optimum. Tayar-tayar yang mempunyai kelulusan tersebut dijamin dengan tawaran premium dan ciri-ciri yang eksklusif.
Nikmati pembiayaan yang inovatif dan gaya hidup yang lebih sempurna dengan ‘BMW Privileges’.
Melalui pemilikan kereta BMW, anda dapat menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan yang eksklusif untuk pemilik BMW dengan ‘BMW White Card’, ‘BMW White Card Elite’, atau ‘BMW Excellence Club’ bagi pemilik BMW 7 Series. Samada ia melibatkan undangan ke acara-acara BMW yang eksklusif atau tawaran melibatkan makanan, beli belah dan gaya hidup, kelab pemilik BMW merupakan sebuah gerbang yang dapat membawa anda menikmati gaya hidup premium yang tiada tolak tandingannya.
BMW Malaysia juga memudahkan proses pemilikan kenderaan BMW dengan pelbagai program pembiayaan yang terkemuka. Tempoh pinjaman dan kadar faedah yang fleksibel ditawarkan melalui solusi pembelian yang inovatif seperti ‘BMW Full Circle Programme’, ‘BMW Balloon Financing’ dan ‘BMW Step Down Financing’.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai BMW Moments, sila layari https://www.bmw.com.my/BMWMoments, atau anda boleh mengakses pelbagai keistimewaan yang ditawarkan pada bila-bila masa sebagai pelanggan BMW menerusi Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ yang tersedia di ‘Apple App Store’ atau ‘Google Play’.
Maklumat lanjut mengenai BMW Malaysia serta rangkaian produk dan perkhidmatannya boleh didapati di www.bmw.com.my.