Lexus Malaysia telah melancarkan kenderaan kompak SUV nya yang pertama untuk Lexus hadir bersama-sama segmen yang sedang membangun. Kenderaan kompak SUV tersebut ialah Lexus UX atau dikenali sebagai Urban Crossover. Dibina menggunakan platform baru Global Arkitek – Platform Compact (GA-C), Lexus UX mempunyai rangka badan kenderaan yang tinggi dimana mempunyai pusat graviti yang rendah di dalam segmen, membantu untuk memastikan Lexus UX menawarkan pemanduan dinamik.
Lexus UX serba baharu ini menampilkan crossover kompak yang berbeza dimana dari sudut rekaanya. Garis condong bumbung yang secara beransur-asur kearah belakang, serta rekaan jeriji hadapan yang baharu melihatkan keteguhan rekaan SUV Kompak ini menyerupai sebuah Coupe Sport. Untuk memberi rupa yang lebih “sporty”, pereka memberikan UX ini dengan lampu belakang yang unik dan estetik, serta mewujudkan spoiler bertindih yang menyerupai sayap kereta lumba yang mampu memberikan kawalan tekanan kestabilan kenderaan yang mantap.
Pada ruang dalaman Lexus UX ini mempunyai unsur-unsur reka bentuk yang segar dan menarik. Penggunaan bahan baru seperti tekstur kertas jepun Washi memberikan ciri-ciri yang kuat pada kemasan trim, manakala kerusi kulit mempunyai uphlosteri Sashiko yang diselitkan, memberikan perbezaan yang lebih besar dan tahan dengan rintangan penggunaan. Reka bentuk dalaman baru Lexus UX ini berhasrat untuk menyediakan penghuni dengan suasana yang sangat menarik dan menyenangkan.
Kedudukan dan kawalan memandu telah dibangunkan untuk menyediakan pemandu dengan kawalan maksimum ke atas persekitarannya. Paparan meter cluster yang paling besar dalam kelasnya mempunyai gabungan penuh digital penuh tujuh inci dan paparan EMC 10.3 inci di konsol tengah menyediakan kawalan mudah ke atas sistem navigasi, sistem audio Lexus Premium lapan pembesar suara dan pelbagai fungsi keselesaan lain.
Dikuasakan dengan enjin berkapasiti 2.0 Liter yang baru ini menghasilkan 169hp. UX juga merupakan Lexus yang pertama mempunya sistem transmisi yang menggunakan gear satu “mekanikal yang memberikan pecutan yang bersemangat dari mula, dan apabila iya bergerak, CVT kemudian memainkan peranan” memberikan Lexus UX ini dengan pemanduan yang lebih senyap dan perbelanjaan bahan api yang ekonomi.
Seperti model Lexus yang terkini, Lexus UX mempunyai pelbagai ciri keselamatan aktif yang baru dibawah Sistem Lexus Safely. Pakej ini termasuk teknologi seperti sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) , Kawalan Lorong Pemanduan ( LDA ) dan juga Kawalan Lampu Tinggi Adaptif ( AHS ).
Pembinaan Lexus UX ini diketuai oleh Ketua Pereka Cik Chika Kako, merupakan jurutera wanita pertama dalam sejarah Toyota Motor Corporation. Dengan UX, Cik Kako berusaha untuk memecahkan kesesuaian dengan mewujudkan SUV dan reka bentuk yang kuat dan bergaya serta tersendiri dan dinamik.