Bersemperna Kuala Lumpur International Motorshow 2018 (KLIMS 18), UMW Toyota Motor mengambil kesempatan merasmikan Toyota Camry generasi kelapan serba baru. Direka sepenuhnya semula sejak dari pertama kali Toyota Camry diperkenalkan dalam pasaran Malaysia pada awal 1990, Toyota Camry serba baru ini hanya mempunyai varian 2.5V dan berharga RM 189,900 ( bagi semenanjung Malaysia dengan cukai jualan SST, dan tanpa insuran ). Juga mempunyai perlindungan 5 tahun jaminan dan tiada had perbatuan.
Dengan memperkenalkan Toyota Camry serba baru ini, model ini merupakan sebuah contoh bagaimana Toyota membuat kereta terbaik. Untuk pasaran Malaysia, hanya ditawarkan dengan sebuah variasi 2.5V sahaja yang dilengkapkan dengan ciri-ciri yang terbaik untuk pelanggan. Kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Toyota Camry serba baru ini dikuasakan dengan enjin petrol 2AR-FE, dimana berkapasiti 2.5 liter empat silinder DOHC binaan aluminium keseluruhan unit dengan 16 injap yang dikawal oleh Dual VVT-I. Enjin petrol ini mampu menghasilkan pengeluaran kuasa maksimum 184ps pada 6000 rpm dengan kuasa maksimum tork mencecah 235Nm pada 4100 rpm. Dilengkapkan dengan transmisi automatik Super ECT enam kelajuan demi memastikan penukaran gear yang lancar.
Dengan model Toyota yang terkini, stail rekaan Toyota Camry serba baru ini lebih futuristic dan ekspresif. Menggunakan platform TNGA ( Toyota New Global Architecture ) telah memberi peluang kepada syarikat untuk mengambil pendekatan baru dalam rekaan, kejuteraan dan pembangunan Camry yang mempunyai kendalian yang responsif, badan kenderaan yang kuat dan ciri kelas dunia dimana memberi ketenangan minda, dan kenikmatan pemanduan.
Terdapat pelbagai ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Toyota Camry serba baru ini seperti amaran awal kemalangan, sistem pemantauan lorong ( LDA ), Kawalan bantuan stering, sistem kawalan pemanduan dinamik ( DRCC ) dan juga lampu tinggi automatic ( AHB ).
Unit varian hybrid pada model Camry yang terdapat pada model sebelum ini tidak ditawarkan dalam masa terdekat untuk model Toyota Camry serba baru ini. Ini kerana Toyota Camry serba baru ini diimport sepenuhnya dari Thailand, dan kenderaan tersebut tidak tersenarai dalam insentif EEV. Dimana harga jualannya akan lebih tinggi dari yang sebelumnya dan tidak bersesuaian dengan pelanggan kami. Ujar En Ravindran.