Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Triton serba baharu.

Posted on November 23, 2018 by Ekzosmy

Triton serba baharu secara rasminya telah dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motorshow 2018 (KLIMS 18). Triton baharu ini telah menerima perubahan besar pada bahagian hadapan yang menampilkan ciri-ciri bahasa rekaan pelindung Mitsubishi Motors Dynamic serta lampu utama yang langsing mengapit jeriji gril dan serta lampu petunjuk dan lampu kabus di bahagian sudut bawah tepi bumper.

Triton serba baharu ini mempunyai enjin 2.4liter MIVEC Turbodiesel Variable Valve Timing Technology yang mendapat anugerah. Digabungkan dengan Variable Geometry Turbo (VGT), ini menghasilkan tenaga 181PS dan 430Nm tork. Transmisi baru enam kelajuan turut diguna pakai untuk memberikan pemanduan efisien untuk Triton serba baharu ini. Dipacu dengan Super Select 4WD II dengan mod Off-Road, memberikan kuasa dan pemanduan mantap di setiap laluan.

Triton serba baharu ini juga turut mempunyai sistem keselamatan terkini seperti Amaran Awal Kemalangan (FCM- Forward Collision Mitigation), Amaran Belakang Trafik (RCTA- Rear Cross Traffic Alert), Amaran Titik Buta dengan bantuan penukaran lorong ( BSW-Blind Spot Warning with LCA- Lane Change Assist), Kawalan Lampu Tinggi Automatik (AHB-Automatic High Beam) dan Sistem Pengurangan Pecutan Ultrasonik (UMS-Ultrasonis Misacceleration Mitigation System). Bergantung pada jenis varian, Triton serba baharu ini dilengkapkan dengan tujuh bag udara SRS, Pengagih Tekana Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC), Sistem Bantuan Mendaki (HSA) , Sistem Kawalan Cerun (HDC), Kawalan Stabiliti Trailer (TSA) dan Sistem peringatan rehat untuk pemanduan yang tenang. Keselamatan binaan badan Triton ini diperkukuhkan oleh Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) dengan pengunaan besi tensil yang diperkukuhkan.

Triton serba baharu ini ditawarkan dengan pilhan warna White Diamond, Black Mica, Sterling Silver dan Graphite Grey Metallic.

Auto My ekzos.my Mitsubishi Triton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
379180
Views Today : 851
Total views : 1357864
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes