Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PROTON pamer X70 pada umum di KLIMS”18

Posted on November 25, 2018 by Ekzosmy

PROTON membuat penampilan umum bagi SUV pertamanya iaitu Proton X70 di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Proton juga menyediakan ruangan khas untuk memberikan pengunjung merasai pengalaman unik bagi teknologi dan kelengkapan yang dipasang pada model terbaharunya. Terdapat juga potongan kerangka badan Proton X70 dipamerkan untuk menunjukkan bahagian-bahagian kritikal di mana badan kereta tersebut telah diperkuatkan untuk menjadikannya lebih selamat sekiranya berlaku kemalangan. Juga terdapat beberapa panel paparan skrin sentuh yang ada pada bahagian dalaman Proton X70 disediakan bagi pengunjung mencuba sistem arahan suara.

Untuk menambahkan lagi keterujaan pada paparan produknya, Proton memberi peluang kepada para pengunjung KLIMS untuk merasai sendiri sistem bantuan tambahan pemandu yang ada pada Proton X70 tanpa perlu memandu uji model tersebut. Ruangan Realiti Maya (VR) akan menunjukan cara bagaimana sistem seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) berfungsi dalam pemanduan, memberikan perasaan sebenar yang akan dirasakan pemandu apabila sistem-sistem ini diaktifkan.

“ Proton X70 akhirnya bersedia untuk bertemu dengan rakyat Malaysia dan kami berpendapat KLIMS sebagai pameran motor utama di Malaysia, adalah platform yang terbaik. Pengunjung dibenarkan untuk melihat sepenuhnya kereta yang kami pamerkan dan kami menjemput semua pegunjung untuk meneliti aspek reka bentuk, teknologi, keselamatan dan prestasi model SUV pertama PROTON dengan menghabiskan masa di ruangan paparan interaktif kami. Pada masa yang sama, kami juga ingin mengesahkan bahawa model di KLIMS ini menampilkan spesifikasi sama yang akan diterima pelanggan, jadi apa yang anda lihat di pameran ini adalah sama dengan apa yang pembeli akan dapat.” Kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

PROTON juga memaklumkan bahawa 12 Disember adalah tarikh akan berlangsung majlis Pelancaran Proton X70 yang bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan Proton X70.

Auto My ekzos.my Geely Proton X70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377122
Views Today : 764
Total views : 1347715
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes