Pada 17 haribulan 1 2019, Penulis diberi peluang untuk mengikuti pemanduan media Toyota Vios Serba baru ini yang bermula dari Shah Alam, Selangor menuju ke selatan tanah air, Desaru, Johor. Penulis ingin berkongsikan tentang pengalaman penulis memandu Toyota Vios serba baru ini. Baik, jika dilihat dari segi rekaan luar Toyota Vios serba baru ini mengalami beberapa perubahan drastik yang lebih ke arah kesukanan dan bergaya. Mungkin ini boleh dikatakan dengan penyertaan Toyota Vios sebagai kereta rasmi untuk perlumbaan Toyota Gazoo Racing Vios Challenge, memberikan satu suntikan jiwa kesukanan dalam rekaan Toyota Vios baru ini. Rekaan baru lampu belakang Toyota Vios baru ini membuatkan ia kelihatan nampak seperti kereta pada segmen C, kenapa penulis berkata sebegitu, ini disebabkan rekaan lampu belakang yang lebih memanjang dan tirus ini memberikan rasa mewah pada Toyota Vios baru ini, dan pengunaan lampu jenis LED pula memberikan ciri-ciri moden pada kereta ini.
Masih lagi pada bahagian luaran Toyota Vios Baru ini dimana jika untuk variasi 1.5G ini didatangkang dengan roda aloi yang berukuran 16 inci sebagai standart. Nampak semakin bergaya Toyota Vios serba baru ini, jika dibandingkan dengan model Toyota Vios sebelum ini yang sedikit rasa kosong dan bosan. Baik penulis teruskan lagi pula dengan bahagian dalaman Toyota Vios serba baru ini, sebaik sahaja masuk kedalam Toyota Vios ini, penulis rasa kagum dimana pengunaan sistem kawalan automatik untuk suhu dan penghawa dingin, jika kebiasaanya penghawa dingin kawalan automatik ini didatangkan dengan kenderaan Toyota premium, dan jika dibandingkan dengan model Vios sebelum ini yang masih menggunakan sistem kawalan penghawa dingin konvensional dimana pemandu perlu melaras penghawa dingin secara manual, Canggih!.
Dilihat pada papan pemuka Toyota Vios ini agak sedikit rasa tinggi bagi penulis, ini jika dibandingkan lagi dengan model Vios sebelum ini yang lebih rendah papan pemukanya membuatkan ia terasa lebih luas dan lapang. Ok tapi apa yang menariknya pula pada papan instrumen informasi pemandu Toyota Vios baru ini ia menggunakan papan informasi jenis Optiron dan terdapat pelbagai ciri-ciri informasi yang dipaparkan, ini yang penulis katakan rasa seperti kenderaan mewah. Baiklah! Penulis ingin berkongsi pula pengalaman pemanduan Toyota Vios baru ini, jika hendak dikatakan Toyota Vios ini mungkin sama macam Toyota Vios yang sebelum ini, akan tetapi penulis agak terkejut dengan pemanduan Toyota Vios baru ini, apa yang boleh dikatakan ia jauh lebih selesa berbanding Toyota Vios model sebelum ini, dimana penulis difahamkan Toyota Vios serba baru ini menerima talaan sistem gantungan yang lebih baik, dimana pada setiap lantunan-lantunan kecil pada lebuhraya utara selatan kita ini, ia dapat menyerap dengan sangat baik. Penulis ingatkan sedang memandu Toyota Camry, tapi rupanya memandu Toyota Vios baru.
Semasa memecut laju di lebuhraya hingga kelajuan mencecah 160km/h, penulis berasa hairan, tertanya lagi dalam hati, Toyota Camry ke Toyota Vios yang penulis pandu ini? Sekali lagi penulis berasa kagum dengan kesenyapan bahagian dalam kabin penumpang Toyota Vios serba baru ini. Jika hendak dibandingkan dengan model Toyota Vios sebelum ini, cecah sahaja kelajuan 140km/h pada bahagian dalam kabin penumpang akan mula mendengar deruman enjin yang bekerja untuk kelajuan tinggi serta bunyi angin dan kenderaan-kenderaan luar masuk ke bahagian dalam kabin, tetapi dengan Toyota Vios baru ini terasa jauh lebih senyap, dan turut dimaklumkan juga Toyota Vios serba baru ini menerima penebat bunyi yang lebih baik untuk keselesaan di ruang dalam kabin.
Kali ini untuk model varian 1.5G ia didatangkan dengan “ Paddle Shift” dimana pemandu boleh menikmati rasa pemanduan gaya manual tetapi pada kenderaan transmisi automatik. Apa yang menarik minat penulis adalah penukaran gear automatik tujuh kelajuan ini sangat lancar dan kemas, tidak terlalu rasa sentapan ketika penukaran gear tersebut. Ini mungkin boleh dikatakan rasa gaya mewah pada kereta segmen D ini. Setakat ini sahaja penulis ingin berkongsikan pengalaman pemanduan pertama Toyota Vios serba baru ini. Nantikan penulisan akan datang yang lebih mendalam dimana penulis akan kupaskan lebih lagi selepas sesi pandu uji nanti.