Untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik sentiasa menjadi keutamaan Mercedes Benz Malaysia. Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan program ‘ Warranty Extended Battery Hybrid’. Dengan harga yang sangat berpatutan sebanyak RM 2,688, para pelanggan dapat melanjutkan jaminan bateri untuk kenderaan hybrid Mercedes-Benz E 300 BlueTEC dan S 400 h dengan tambahan empat tahun.
“ Warranty Extended Battery Hybrid “ menyediakan perlindungan 100% untuk pembaikan atau penggantian bateri hibrid untuk sehingga lapan tahun atau 180,000 kilometer yang mana lebih awal. Dengan sukacitanya Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan bahawa harga runcit baru yang disyorkan untuk bateri hibrid E 300 BlueTEC bernilai RM 50,000 dan RM 65,000 untuk bateri hibrid S 400 h.
Pelanggan boleh mnghubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian 1-800-88-1133 ( Beroperasi setiap hari isnin hingga jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.) atau email customercare_my@daimler.com atau lawati laman ssawang at https://www.mercedes-benz.com.my