Perlumbaan penutup musim kedua Toyota Gazoo Racing Challenge Festival – VIOS CHALLENGE, kali ini menyaksikan debut jentera Toyota Vios 2019 yang telah mendapat talaan dari TRD ( Toyota Racing Development ) dan Wing Hin Motorsport yang akan dipandu oleh sepuluh orang selebriti yang bertanding dalam kategori kelas promosi.
Toyota Vios 2019 Gazoo Racing ini menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter, 16 injap, aci sesondol berkembar (DOHC), VVTi sama seperti model jualan umumnya, akan tetapi Vios 2019 Gazoo Racing ini menggunakan transmisi manual lima kelajuan yang dilengkapkan dengan LSD-Limited Slip Differential dari TRD, klac perlumbaan TRD, dan pengunaan ekzos prestasi dari TRD untuk memaksimumkan prestasi enjin lebih dari kereta pameran.

Selain itu dari sistem suspensinya juga telah dinaik taraf dengan menggunakan penyerap hentak TRD, getah bush TRD, penguat rangka kenderaan TRD, apron hadapan dan belakang TRD, dan spoiler TRD. Selain itu juga roda aloinya menggunakan roda berjenama Enkei dari model RPF 1 yang berukuran 15 inci dan kelebaran 7jj serta dibaluti dengan tayar baru dari TOYO model TR1 yang baru saja dilancarkan. Pemberhentian jenteran Toyota Vios ini juga dipadankan dengan pad cengkaman ENDLESS yang mampu memberikan pemberhentian unggul.
Untuk melayakkan Toyota Vios ini menyertai perlumbaan, harus la mengutamakan aspek keselamatan yang seharusnya, seperti kerusi buket OMP, tali pinggang keselamatan OMP, cangkuk penunda OMP, roda steering OMP, pengikat bonnet hadapan OMP,Bar pengukuh anti-golek TRD yang mempunyai pengiktirafan dari FIA, set pemadam api, kamera rakaman perjalanan, dan juga suis kecemasan.