Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Kempen Michelin Safe On The Road

Posted on May 5, 2019May 5, 2019 by Ekzosmy

Michelin,peneraju tayar terkemuka di dunia, melancarkan kempen keselamatan jalan raya tahunannya, Michelin Safe On The Road – MSOR, Untuk terus memacu keselamatan mobiliti di Malaysia.

Kempen ini adalah untuk memastikan keselamatan jalan raya dengan menekankan kepentingan penyelengaraan dan pemeriksaan berkala terhadap tayar.

Sepanjang bulan Mei ini, pakar dan kakitangan Michelin akan menjalankan penilaian menyeluruh terhadap keadaan tayar untuk orang ramai di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

Sebahagian dari MSOR Truck Roadshow, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya yang diadakan di dalam trak akan diadakan di samping pemeriksaan tayar secara percuma yang merangkumi ketepatan tekanan udara, ketebalan bunga tayar dan jeadaan tayar secara keseluruhan.

Perunding Michelin akan berada di beberapa buah lokasi di seluruh negara dari pukul 11 pagi hingga 8 malam untuk menilai keadaan tayar dan berkongsi informasi mengenai cara penjagaan tayar yang betul supaya jangka hayatnya lebih lama.

Pemandu yang mengambil bahagian juga akan menerima baucar perkhidmatan servis kereta beserta kad Petron percuma bernilai RM50 apabila mereka berbelanja di Pusat Pakar Michelin.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380287
Views Today : 1025
Total views : 1362197
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes