Jenama PEUGEOT telah melantik Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co, Ltd, sebagai pengeksport dan pengedar eksklusif baru kereta jenama itu di Thailand.

Satu majlis telah berlangsung di Kedutaan Perancis di Bangkok dan disaksikan oleh Jacques Lapouge, Duta Perancis ke Thailand.
PEUGEOT akan memperkenalkan sekurang-kurangnya lima model baru di Thailand dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dua SUV, PEUGEOT 3008 dan PEUGEOT 5008 akan menjadi dua model pertama yang akan diperkenalkan di Thailand.

Kedua-dua model itu dihasilkan di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) yang terletak di Gurun, Kedah, yang menjadi tandatangan perjanjian usaha sama dengan Naza Corporation Holdings pada Februari 2018, untuk mewujudkan hab pembuatan pertama di ASEAN untuk Groupe PSA.
Ini adalah satu peristiwa penting bagi Groupe PSA di ASEAN di mana PEUGEOT kini beroperasi di 11 negara, dan untuk NAM yang telah mula mengeksport produknya yang pertama ke Filipina diikuti oleh Thailand dalam beberapa minggu akan datang.
MGC-ASIA adalah salah satu syarikat peruncit dan mobiliti automotif terkemuka di Thailand.
Perkongsian baru ini akan mempercepat pembangunan Groupe PSA di rantau ini dan merupakan sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk menjadi lebih kuat dalam pasaran ASEAN.