Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Michelin lantik pengarah urusan baru untuk Malaysia,Singapura & Brunei

Posted on November 19, 2019November 19, 2019 by Ekzosmy

KUALA LUMPUR, 19 November 2019 – Michelin baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan Tushar Gupta sebagai Pengarah Urusan baharu untuk Malaysia, Singapura dan Brunei bagi menggantikan Pascal Nouvellon, yang dinaikkan pangkat untuk menjawat peranan global di ibu pejabat Michelin yang terletak di Perancis. Pelantikan tersebut telah berkuat kuasa sejak 1 September 2019.

Berbekalkan ijazah perakaunan bertauliah dan MBA dari Sekolah Perniagaan Fuqua, Universiti Duke, En. Gupta menyertai Michelin Group pada tahun 2010 sebagai Pengurus Pembangunan Korporat untuk Asia Tenggara, Australia dan India. Pada tahun 2012, beliau memegang jawatan Pengarah Pembangunan Korporat Global di Clermont Ferrand, Perancis. Beliau kemudian menganjak kerjayanya dengan jawatan Pengarah Zon, Michelin Aviation Tyres, Asia Pasifik pada tahun 2016 sehingga Julai tahun ini, di mana beliau telah membawa kejayaan dalam perniagaan tayar pesawat di Asia melalui intervensi strategik, penstrukturan semula dan perkhidmatan pelanggan yang diperkayakan.

“Setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Michelin sejak hampir sedekad, saya berasa teruja dengan peluang yang diberi ini untuk membawa organisasi kami jauh lagi ke hadapan dalam industri automotif dan tayar – terutamanya di Malaysia yang memperlihatkan pasaran kukuh serta penapakan kami yang utuh menerusi jenama-jenama Michelin, BFGoodrich dan TYREPLUS. Dengan tanggungjawab yang digalas ini sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, saya berhasrat untuk mengubah pemikiran para pengguna mengenai tayar dan keselamatan jalan raya, di samping memupuk kesetiaan pelanggan-pelanggan tempatan kami ke atas Michelin,” ujar Tushar.

Berbekalkan 15 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk kimia, automotif dan penerbangan, En. Gupta akan memastikan Michelin terus mendukung polisi dan strategi berpaksikan pengguna untuk memperkukuhkan reputasinya sebagai jenama tayar premium yang terunggul, serta memperkayakan lagi pengalaman kepenggunaan yang ditawarkan di rangkaian pengedaran TYREPLUS dan Michelin.

MICHELIN
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378543
Views Today : 1690
Total views : 1355000
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes