Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Viper Nizar Racing Team sertai WTCR Malaysia

Posted on November 28, 2019November 28, 2019 by Ekzosmy

Pasukan Viper Nizar Racing Team yang menang dalam Pelumbaan Ketahanan TCR SPA500 24 jam di Belgium, bakal menyertai pelumbaan WTCR World Touring Car Race of Malaysia buat julung kalinya.

Acara itu akan berlangsung pada 13 hingga 15 Disember 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.

Pasukan itu akan diketuai oleh pelumba touring veteran, Douglas Khoo, salah satu daripada tiga pasukan Malaysia yang bersaing dalam acara itu dan memandu jentera Seat Leon Cupra TCR.

“Berada di dalam syarikat dan pasukan kereta terbaik di dunia dan berlumba di tempat sendiri di Sepang, pastinya cara yang terbaik untuk membuat debut dalam siri WTCR World Touring Car, “kata Doughlas yang juga pemilik Viper Niza Racing Team.

“Kami tidak menggariskan apa-apa jangkaan tertentu, tetapi kemenangan kelas baru-baru ini di perlumbaan ketahanan TCR SPA500 24 Jam pastinya meletakkan sedikit perhatian antarabangsa pada kami.

“Dengan ketiga-tiga perlumbaan yang berlangsung dalam selang masa beberapa jam pada satu sama lain pada hari Ahad (pukul 3 petang, 6 petang dan 8 malam), kami akan memastikan emosi dikawal dan memberi tumpuan kepada satu perlumbaan pada satu-satu masa, semoga kami dapat kedudukan 10 teratas.”

Doughlas sebelum ini pernah bersaing dalam Siri TCR Asia 2015, 2016, 2017 dan 2018; Siri 2015 TCR International; Siri 2016 dan 2017 TCR Thailand; Siri Antarabangsa TCR Asia 2019; Siri 2017, 2018 dan 2019 Asia Le Mans; 2017 dan 2019 Blancpain GT Series; 2019 Michelin Le Mans Cup dan Pelumbaan Endurance 12 Jam Sepang 2015 dan 2016.

WTCR World Touring Race Malaysia akan disertai 30 pemandu kereta touring terbaik di dunia antaranya Yvan Muller, Gabriele Tarquini, Tom Coronel, Robb Huff, Augusto Fafrus, Esteban Guerrieri, Andy Priaulx dan Tiago Monteiro, yang mewakili tujuh pengeluar: Hyundai, Seat, Lynk & Co, Audi, Volkswagen, Honda dan Alfa Romeo.

Menurut Pengurus Pasukan itu, Niko Ode Prayitno, tiga format pelumbaan yang ditetapkan memberikan kelebihan untuk menang.

“Kami mempunyai kelebihan kerana mempunyai pusingan paling banyak di Sepang dan kami berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

“Faktor cuaca di Malaysia yang tidak menentu juga mungkin memainkan peranan penting memandangkan kita kini berada di tengah-tengah musim monsun, “kata Niko.- AFIFI HAFIZ MOHD NOR

Viper Nizar Racing Team World Touring car Race of Malaysia WTCR MALAYSIA
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378444
Views Today : 1212
Total views : 1354522
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes