ekzos.my

Nak ekstra RM20,000? Jom ke Shell sekarang

Oleh DAEI NAN AZMIE

KUALA LUMPUR – Anda mahukan ektra RM20,000? Apa lagi, jom menyerbu ke mana-mana stesen minyak Shell sekarang!

Bermula 1 Disember ini sehingga 9 Februari tahun depan, pelanggan bertuah Shell berpeluang untuk mendapatkan lebih wang tunai mencecah RM20,000 setiap minggu.

Pada masa sama, 20 pemenang sagu hati juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 setiap minggu.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, seperti mana Shell FuelSave95 yang direka khusus untuk perjalanan lebih jauh, pihaknya berharap supaya kempen Nak Ekstra RM20,000 dapat membantu pengguna Shell melunaskan matlamat masing-masing.

“Sama ada untuk memulakan tabung kolej bagi pengajian anak masing-masing, menunaikan umrah, pembayaran bil termasuk wang pendahuluan untuk membeli kereta baharu, Shell berbesar hati untuk memberikan pengguna kami sesuatu peluang yang lebih baik sekali gus memulakan Tahun Baru dengan gembira,” katanya.

Untuk mengambil bahagian dalam kempen Nak Ekstra RM20,000 hanya memerlukan dua langkah mudah iaitu: Langkah Pertama, pelanggan harus membelanjakan minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara; Langkah Kedua, pelanggan perlu mengisi borang atau mengimbas kod QR secara online.

Sinonim dengan tema ekstra, Shell juga menawarkan ganjaran kepada penggunanya bermula bulan ini apabila menjalinkan kerjasama bersama Touch ‘n Go dan BonusLink.

Bermula 1 Disember sehingga 9 Februari tahun depan, pelanggan yang membayar menggunakan Touch ‘n Go eWallet akan mendapat rebat RM5 apabila membelanjakan minimum RM40 dalam satu resit.

Ia hanya terhad kepada dua transaksi untuk pemegang akaun Touch ‘n Go eWallet pada setiap bulan, selain hanya untuk 300,000 transaksi pertama di seluruh negara. Jadi, dapatkan rebat anda sebelum terlambat!

Sebarang maklumat lanjut berhubung tawaran istimewa kempen tersebut sila layari www.shell.com.my. – Ekzos.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *