Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PERODUA tangguh operasi atas ” Perintah Kawalan ” Pergerakan COVID-19 “

Posted on March 17, 2020March 18, 2020 by Ekzosmy

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara, Perodua akan menangguhkan semua operasi di ibu pejabat, fasiliti pengeluaran, pusat-pusat jualan dan servis serta pusat-pusat Badan & Cat di seluruh negara dari 18hb-31hb Mac 2020, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka akan beroperasi semula hanya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

Kakitangan cawangan kami yang berkenaan akan menghubungi pelanggan-pelanggan kami dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi ini. Kami amat menghargai kesabaran anda buat masa ini.

Kami berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan mereka sebanyak mungkin untuk mengelakkan dari dijangkiti COVID-19.

Jika anda mengalami sebarang isu dengan kenderaan anda dalam tempoh ini, anda boleh menghubungi talian bebas toll Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, 7 hari seminggu di 1-800-88-5555.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad
17 March 2020

Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378435
Views Today : 1144
Total views : 1354454
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes