Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Festival Super GT Malaysia 2020 ditangguh

Posted on April 7, 2020April 7, 2020 by Ekzosmy

FESTIVAL Super GT Malaysia 2020 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 Julai hingga 19 Julai depan ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 di peringkat global pada masa kini.

GT Association Co. Ltd. (GTA) dalam satu kenyataan berkata, festival berkenaan yang merupakan salah satu siri perlumbaan kereta yang berpengkalan di Jepun akan dijadualkan semula pada tarikh yang bakal ditetapkan kelak.

“Walaupun agak teruja Siri Super GT Malaysia kembali dianjurkan dalam tempoh enam tahun tetapi kita perlu akur dengan penangguhan ini.

“Ia demi kebaikan dan keselamatan semua pihak pemegang taruh termasuk peminat dalam dan luar negara, pasukan pelumba, rakan penganjur dan vendor serta kru kejohanan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

GTA berkata, penangguhan tersebut bukan sahaja melibatkan Super GT Malaysia malah semua siri Super GT Autobacs yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini.

Sehubungan itu, GTA dengan kerjasama rakan penganjur tempatan, HARO Sports & Entertainment Sdn Bhd (HARO) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memilih tarikh baharu penganjuran Festival Super GT Malaysia 2020 kelak.

Tarikh baharu penganjuran siri perlumbaan berkenaan akan diadakan selepas pandemik Covid-19 yang melanda global kini benar-benar diisytiharkan pulih.”Apa pun kami akan memastikan setiap tiket yang dibeli peminat mempunyai sah laku sehingga siri perlumbaan sebenar diadakan,” katanya. – admin01

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378554
Views Today : 1788
Total views : 1355098
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes