Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Beli kenderaan Toyota secara dalam talian

Posted on April 15, 2020April 16, 2020 by Ekzosmy

JANGAN risau walaupun pusat pameran kenderaan Toyota tidak beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Anda masih boleh meninjau model kenderaan jenama kegemaran dan promosi terbaharu serta menarik secara atas talian.

Proses tempahan dan pembelian kenderaan jenama Toyota juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal terbabit.

Ia semudah klik tyt.my/online-showroom.

Portal pusat pameran Toyota Malaysia maya itu mempamerkan semua jenis model kenderaan jenis Toyota dan harga terkininya.

Pelanggan boleh menempah kenderaan jenis Toyota yang diminati dengan mengisi borang secara atas talian.

Tempahan tersebut akan dilayan secara mesra oleh jurujual kenderaan Toyota bertauliah untuk urusan selanjutnya.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun risalah keterangan model dan promosi terbaru kenderaan jenis Toyota menerusi portal berkenaan.

Perkhidmatan lain yang disediakan ialah sesi pandu uji secara maya dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus jenis jurujual kenderaan Toyota. Admin01

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378487
Views Today : 1408
Total views : 1354718
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes