Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Harga kenderaan Toyota dan Lexus turun sehingga 6 peratus

Posted on June 13, 2020June 13, 2020 by Ekzosmy

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mengumumkan penurunan harga sehingga enam peratus bagi kenderaan-kenderaan jenama Toyota dan Lexus edarannya di negara ini berkuatkuasa lusa.

Presiden UMWT, K. Ravindran berkata, pengurangan harga itu melibatkan varian kenderaan jenama Toyota dan Lexus edaran syarikatnya seperti Vios, Yaris, Fortuner, Innova, Rush, Camry, Velfire, Alphard, Avanza, Hiace dan Hilux.

“Kesemua kenderaan jenama Toyota dan Lexus itu kini lebih murah antara satu hingga enam peratus bergantung kepada varian berkuatkuasa 15 Jun ini.

“Penurunan harga ini berikutan pengumuman insentif industri automotif negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ravindran menjelaskan, sebagai contoh Toyota Vios 1.5J A/T kini boleh dimiliki pada harga RM76,101 dan Vios 1.5G A/T (RM86,132) manakala Avanza 1.5E A/T (RM77,963) serta Rush 1.5S A/T (RM91,885).

Beliau berkata, selain itu, UMWT juga menawarkan promosi meliputi rebat tunai dan aksesori kenderaan percuma sehingga RM6,800 bagi sebahagian varian kenderaan Toyota dan Lexus bagi pembelian sepanjang bulan Jun ini.

“Sehubungan itu, saya seru rakyat Malaysia yang berhasrat membeli atau menaiktaraf kereta mereka agar mengambil peluang keemasan ini,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan insentif pengecualian sepenuhnya dan 50 peratus masing-masing bagi cukai jualan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).

Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu merupakan sebahagian inisiatif kerajaan memulihkan ekonomi negara dan jualan automobil tempatan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan pandemik Covid-19 sejak 18 Mac lalu. Admin01

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378440
Views Today : 1178
Total views : 1354488
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes