Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Model Vokswagen lebih murah sehingga RM9,484 mulai Isnin

Posted on June 17, 2020June 17, 2020 by Ekzosmy

KESEMUA model kenderaan jenama Volkswagen akan mengalami penurunan harga sehingga RM9,484 mulai lusa.

Harga baru tersebut berikutan pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) oleh kerajaan itu berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menerusi satu kenyataan berkata, penurunan harga itu untuk pasaran negara ini melibatkan varian kenderaan keluaran syarikat tersebut iaitu Polo, Vento, Tiguan dan Passat.

“Pengecualian cukai jualan ini membolehkan pengguna berpeluang mendapat penjimatan RM6,133.36 untuk model Passat, Golf R-Line (RM4,884.54) dan Tiguan (RM3,881.57).

“Selain itu, pelanggan juga bakal terus menikmati promosi-promosi menarik yang sedang berjalan seperti perkhidmatan penghantaran kenderaan percuma ke rumah dan rebat eksekusif atas talian bagi transaksi yang dibuat menerusi e-ShowRoom Volkswagen,” kata kenyataan itu.

Pembeli varian Tiguan yang berdaftar sepanjang bulan Jun ini juga akan menikmati insentif tambahan pengecualian pembayaran pembiayaan sewa beli kenderaan selama enam bulan.

VPCM turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun selain waranti pengeluaran dan bantuan kecemasan kenderaan sehingga lima tahun.

Begitupun, pengecualian cukai jualan itu tidak melibatkan varian Golf termasuk R-Line, GTI and R yang merupakan model kenderaan import sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke pusat jualan, pameran dan servis Volkswagen terdekat atau melayari laman web, www.volkswagen.com.my. Admin01

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378455
Views Today : 1245
Total views : 1354555
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes