BMW Malaysia telah memperkenalkan jentera BMW M135i xDrive yang terbaru pada hari ini, dan dikenali ramai sebagai ‘The 1’. Ia merupakan jentera bertaraf perdana dalam keluarga BMW 1 Series generasi ketiga, ini adalah model ‘hatchback’ premium yang terkemuka dalam portfolio BMW.
“Kami berbesar hati untuk mengongsikan kepada anda portfolio kenderaan kompak premium yang terkini daripada BMW Malaysia. ‘The 1’ merupakan mercu portfolio ini – BMW M135i xDrive terbaharu juga diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras bagi jentera-jentera hatchback di seluruh dunia,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
“BMW 1 Series telah menerajui standard kenderaan kompak premium sejak lebih dari sedekad yang lalu. Model kompak sporty ini dipadankan dengan karakteristik BMW M yang ikonik, ia menyerlahkan lagi ciri-ciri dinamik dan kebebasannya seperti yang dijiwai oleh individu-individu yang tidak lekang mencetus inovasi demi kejayaan yang beraras lebih tinggi – untuk memberi atau menimba inspirasi. Semestinya, BMW M135i xDrive hadir dengan karakter luar biasa yang tersendiri,” tambah Hoelzl.
BMW M135i xDrive terbaru memancarkan aura yang lebih memukau berbanding model terdahulu. Bahasa reka bentuknya yang bersifat progresif menzahirkan tafsiran baharu bagi ciri-ciri BMW yang ikonik, ia kini disinambungkan dengan enjin empat silinder berkuasa tinggi, generasi yang terkini dalam famili BMW EfficientDynamics. Kepuasan yang pengguna dapat rasai ketika memandu disempurnakan melalui penawaran teknologi yang lebih canggih dalam aspek sistem keterhubungan dan bantuan pemandu, ia dirumus khas untuk pemandu moden. Ruang yang luas serta gaya kontemporari BMW M135i xDrive yang disumbang oleh dimensi interiornya turut menawarkan keselesaan serba mewah bukan sahaja untuk pemandu dan penumpang di hadapan, malah penumpang di tempat duduk belakang juga.
BMW M135i xDrive lebih menonjol dengan komponen gril ‘kidney’ yang unik dalam warna Cerium Grey, di mana reka bentuk jejaring kini menggantikan gubahan berpalang yang klasik. Buat julung kali dalam barisan model kenderaan ini, komponen gril ‘kidney’ berkembar tersebut kini disatukan. Tampil dengan gubahan memiring, lampu hadapan LED Adaptif lengkap dengan fungsi bantuan lampu puncak yang membuahkan iras yang lebih moden.
Rongga udara di hadapan dan sisi, pelitup cermin sisi, dan paip ekzos 100 milimeter dalam warna Cerium Grey menonjolkan statusnya sebagai model perdana dalam familinya. Model kompak ini dilengkapi dengan set roda aloi ringan 19 inci dalam Penggayaan Ruji V 557 M Dwiwarna. Di seksyen belakang, lampu belakang tiga dimensi yang mengandungi dua bahagian menampilkan bentuk L BMW yang menyerlahkan kelebaran jentera ini. BMW M135i xDrive didatangkan secara eksklusif dengan spoiler belakang BMW M.
Jantung yang menguasakan BMW M135i xDrive terbaharu ialah enjin empat silinder TwinPower Turbo M Performance berkapasiti dua liter yang terunggul oleh BMW Group. Jentera kompak premium bercirikan pacuan semua roda ini mempunyai output maksimum gabungan berjumlah 225 kW/306 kk dan puncak tork berjumlah 450 Nm. BMW M135i xDrive hanya mengambil masa 4.8 saat untuk membuat pecutan abad dan mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.
Model kompak sporty ini turut dilengkapi dengan suspensi M Sport dan brek M Sport yang amat mencengkam serta ia memiliki daya penghenti yang tinggi. BMW M135i xDrive terbaharu juga hadir dengan ‘Active Sound Design’ yang mampu menguatkan bunyi sebenar daripada enjin dan memodulasinya untuk membuahkan profil bunyi yang lebih sporty lagi mengujakan tanpa mengeluarkan bunyi hingar dari luar.
Buat pertama kali, BMW M135i xDrive membawakan seni bina pacuan roda hadapan yang turut menampilkan teknologi yang diserap daripada BMW i untuk membuahkan karakteristik pemanduan yang lebih cemerlang. Teknologi ARB (‘actuator contiguous wheel slip limitation’) – seperti yang dilihat dalam jentera elektrik tulen BMW i3s meningkatkan lagi tahap cengkamannya dan membolehkan intervensi yang lebih sensitif dan tangkas dibuat pada gandar hadapan. Ia direalisasikan melalui sistem kawalan gelincir yang terletak di dalam unit kawalan enjin, jarak signal yang lebih singkat dapat dibekalkan oleh sistem tersebut dengan output enjin yang dapat dipotong dalam kadar segera sebaik sahaja ancaman kegelinciran pada roda hadapan dikesan.
BMW M135i xDrive terbaharu juga dilengkapi dengan komponen diferensial gelincir terhad Torsen yang baharu, ia diintegrasikan dengan Transmisi Steptronic Sport Lapan Kelajuan yang mengoptimumkan cengkaman dengan mengagihkan kuasa kepada setiap roda. Komponen tersebut berfungsi sebagai diferensial hadapan, dan menyalurkan kuasa ke roda hadapan dengan tahap cengkaman yang tertinggi ketika membelok dalam kelajuan tinggi. Di samping itu, diferensial Torsen menampilkan mod Kawalan Pelancar yang memberi akses segera ke atas nilai tork tertingginya, 450 Nm seawal gear pertama dan kedua.
Kokpit BMW M135i xDrive lengkap dengan kemasan trim interior ‘Illuminated Boston’ serta upholsteri kulit Dakota. Elemen-elemen M juga menghiasi kerusi sport, tali pinggang keledar, dan stereng berkulit. Rekaan M135i yang ditekap boleh dilihat di ambang pintu hadapan. Kerusi hadapan yang boleh dilaras dengan elektrik serta fungsi memori untuk kerusi pemandu, penyaman udara automatik dua zon, dan material bumbung antrasit oleh BMW Individual juga melengkapi kenderaan ini, termasuk kemudahan pengecasan tanpa wayar, berserta dengan sistem Bunyi Keliling Harman Kardon yang menampilkan 16 pembesar suara menawarkan hiburan tanpa henti setiap kali jentera ini dipandu.
BMW M135i xDrive mempersembahkan kabin yang diperbaharui, ia hadir dengan ruang yang lebih luas demi keselesaan maksimum. Seni bina tersebut mewujudkan ruang interior yang lebih luas, serta jarak roda yang lebih singkat. Saiz BMW M135i xDrive juga telah dipertingkatkan dari segi kelebaran (+34 mm) dan ketinggian (+13 mm) berbanding model terdahulu, lantas ia menawarkan ruang lutut dan siku yang lebih besar untuk memudahkan pengguna masuk dan keluar dari kenderaan berkenaan. Berbekalkan reka bentuk gandar belakang yang menjimatkan ruang, kapasiti muatan jentera ini juga dapat ditingkatkan kepada 380 liter (+20 liter).
BMW Live Cockpit Professional dalam BMW M135i xDrive menampilkan Sistem Operasi BMW 7.0 dengan Paparan Instrumen 10.25 inci yang boleh diperibadikan, termasuk Paparan Kawalan skrin sentuh 10.25 inci beresolusi tinggi. Hatchback premium oleh BMW ini juga dilengkapi dengan Kunci Digital BMW, Apple CarPlay, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan Pembantu Peribadi Pintar BMW.
Kemudahan bantuan ditawarkan melalui BMW Personal CoPilot yang menampilkan ciri-ciri kefungsian seperti Bantuan Memandu, Bantuan Memarkir, dan Bantuan Mengundur. Sistem Bantuan Memandu ini merangkumi Amaran Penukaran Laluan, Amaran Perentasan Trafik di belakang, Amaran Perlanggaran Belakang, dan Bantuan Had Kelajuan. Bukan itu sahaja, Amaran Pengeluaran Laluan dan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan fungsi pembrekan juga turut ditawarkan.
Bantuan parkir hadir dengan Kawalan Jarak Parkir Aktif yang serba intuitif. Fungsi Bantuan Mengundur akan merekodkan 50 meter yang terakhir dan ia boleh membuat olahan yang sama untuk kembali ke posisi asal dengan mengambil alih kawalan stereng sementara pemandu mengawal pedal pendikit dan brek.
BMW M135i xDrive terbaharu ditawarkan dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey atau Melbourne Red. Para pemilik boleh memadankan warna eksterior pilihan mereka dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam dengan leliang hitam, atau upholsteri kulit Dakota dalam warna Magma Red dengan sulaman berwarna kelabu dan leliang hitam.
BMW M135i xDrive terbaharu bakal disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara pada 28 Julai 2020. Pelanggan juga boleh menempah ‘The 1’ di http://www.shop.bmw.com.my/ pada harga RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi BMW i8 Coupé baru.
Harga Jualan BMW M135i xDrive RM 355,646.25 (Tanpa cukai SST)
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik jentera BMW M135i xDrive terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card
- Servis Dalam Talian BMW