BMW Malaysia, menerusi usaha sama dengan Shell Malaysia, telah memperkenalkan program servis minyak enjin dan alat penyenlengaraan BMW pada hari ini, yang menampilkan minyak enjin bertaraf premium: Shell Helix Ultra Professional ABB SW-4 Engine Oil.

“Di BMW Malaysia, kami percaya bahawa usaha sama signifikan yang dijalin dengan pihak-pihak utama dalam industri dapat membuahkan pengalaman pemilikan premium yang terunggul buat pelanggan kami. Shell terus berperanan sebagai rakan kongsi strategik kepada jenama BMW secara global, dan usaha sama ini telah membolehkan kedua-dua pihak membekalkan nilai dan servis yang terbaik buat para pelanggan di seluruh negara,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
Shell, iaitu pembekal bahan pelincir yang terbaik di dunia sepanjang 13 tahun yang lalu, serta pembekal bahan pelincir siap yang terbesar kepada para pengeluar kenderaan, telah menjadi satu-satunya pembekal yang disyorkan bagi minyak enjin berjenama BMW yang tulen serta minyak enjin pasaran sekunder (aftermarket) bagi semua jenama dalam BMW Group di rantau ini, iaitu sejak tahun 2015.

“Kami berbesar hati kerana kolaborasi terbaharu bersama BMW dapat diperkayakan lagi menerusi pelancaran program ini di Malaysia. Produk-produk Shell Helix Professional baharu kami dirumus khas untuk para pengeluar kereta yang menginginkan minyak enjin berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi unik mereka. Keputusan BMW Malaysia untuk memilih produk sintetik penuh, Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 sebagai minyak enjin yang disyorkan dalam program tersebut akan memberi peluang kepada pemilik-pemilik kenderaan BMW untuk terus merasai kenikmatan pemanduan sempurna yang sinonim dengan pengeluar kenderaan ini,” ujar Nyon Kam Yew, Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura.
Program baharu ini menawarkan dua pakej terkini yang menarik buat pemilik BMW jangka panjang – iaitu Pakej Servis Minyak BMW (BMW Oil Service Package) dan Pakej Nilai Servis BMW (BMW Service Value Package). Pakej Servis Minyak BMW membawakan Shell Helix Ultra Professional ABB SW-40 Engine Oil – yang mampu melindungi dan melanjutkan jangka hayat enjin berprestasi tinggi. Minyak enjin tersebut diformulasikan dengan PurePlus Technology yang unik, iaitu sebuah proses perintis yang membekalkan minyak yang jernih dengan tahap kebersihan yang hampir mutlak diperbuat daripada gas asli.
Produk tersebut juga menampilkan Teknologi Pembersihan Aktif Shell yang membantu melindungi kuasa dan prestasi enjin daripada mendapan. Di samping itu, formulasi penyejatan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 yang bertahap rendah turut mengurangkan keperluan untuk menambah minyak secara kerap, selain menawarkan kerintangan degradasi minyak yang lebih tinggi.

Dengan pembelian dua pakej Servis Minyak BMW, yang ditawarkan pada harga RM500 untuk setiap pakej, pelanggan dapat membawa pulang BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad yang bernilai RM250 secara percuma – sementara stok masih ada.
Pakej Nilai Servis BMW pula menawarkan pemilik kenderaan BMW jangka panjang sebuah program yang menarik dengan potongan harga sebanyak 30% bagi alat-alat penyenggaraan Original BMW seperti brek, bilah pengelap, palam pencucuh, serta penapis mikro dan penapis udara.
Para pelanggan boleh membuat janji temu dengan mudah bagi Pakej Servis Minyak BMW atau Pakej Nilai Servis BMW di mana-mana Pusat Pengedaran BMW Bertauliah. Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/exclusive-offers/take-joy-further.html.
Oleh : ZAIM ZAINAL