Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Operasi Tiga Cawangan UMW TOYOTA MOTOR Kini Dipindah Kepada Pengedar

Posted on September 1, 2020September 1, 2020 by Ekzosmy

Selari dengan pengumuman oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada Oktober 2017 bahawa syarikat itu akan memindahkan semua operasi runcit cawangannya kepada pengedar dan pihak-pihak berkaitan, syarikat hari ini mengumumkan pemindahan tiga operasi seperti dinyatakan itu melibatkan pengedar di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak bermula 1 September 2020. Pengedar-pengedar terbaru berkenaan, Borneo Mobility (Sabah) Sdn Bhd dan Borneo Mobility (Sarawak) Sdn Bhd masing-masing akan mengambil alih cawangan di Kota Kinabalu dan Kuching. Di Lembah Klang, PCM Subang Motor Sdn Bhd pula akan mengambil alih operasi cawangan Subang Jaya. “Adalah penting bagi kami untuk terus mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi. Langkah ini akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar, sementara pihak pengedar pula boleh menumpukan usaha mereka untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan lebih baik,” ujar Presiden UMWT, Ravindran K. “Kami berkerja dengan lebih dekat dengan pengedar-pengedar ketika ini untuk menzahirkan visi bersama untuk UMWT, iaitu untuk membawakan konsep “Best In Town”, bermaksud untuk memberi lebih tumpuan terhadap layanan individu terhadap pelanggan,” tambah beliau. Pengumuman ini menjanjikan fasa yang lebih menarik bagi sokongan terhadap pelanggan seperti yang diamalkan UMWT selama ini. Ia juga bermanfaat untuk merancakkan lagi semangat keusahawanan yang lebih kuat di dalam lingkungan ekonomi tempatan. Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan rangkaian jualan dan lepas jualan Toyota serta lokasinya boleh melayari laman toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (1800-8-869682).

Oleh : ZAIM ZAINAL

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
376876
Views Today : 1562
Total views : 1346814
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes