
Oleh : ZAIM ZAINAL
MINI memperkenalkan MINI Elektrik Edisi Pertama serba eksklusif buat julung kali di Malaysia. Hanya 15 unit jentera elektrik tulen ini yang bakal disediakan lengkap dengan estetika reka bentuknya yang tersendiri, serta ciri-ciri kemewahan dan keselesaan yang bertaraf tinggi. Berbekalkan 15 unit di Malaysia, keeksklusifannya tidak dapat lagi ditanding dimana hadir dengan ketutup sisi dan ambang pintu yang merangkapkan bilangan tersedia dalam format teks seperti “one of fifteen”. MINI Elektrik Edisi Pertama juga memperkenalkan warna eksterior baharu, iaitu MINI Yours Enigmatic Black.

Bahagian Interior dilengkapkan dengan MINI Yours Walknappa Leather Lounge Upholstery dan MINI Yours Walknappa Leather Steering. Pada waktu malam, MINI elektrik ini diterangi dengan MINI Yours Illuminated Interior Surface melalui pencahayaannya yang meliputi 12 pilihan warna ambien. Di samping itu, Bumbung Kaca Panorama jentera MINI Elektrik Edisi Pertama ini membolehkan penumpang melihat langit dengan jelas pada waktu siang mahupun malam.

MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black yang eksklusif, menampilkan bilah hadapan serta pelitup cermin sisi dengan ciri aerodinamik yang optimum dalam warna Energetic Yellow. Sebagai alternatif, MINI Elektrik Edisi Pertama juga ditawarkan dalam warna White Silver yang popular dengan penggayaan Energetic Yellow. Bumbung bagi kedua-dua warna tubuh eksterior ini akan disediakan dalam warna Hitam, dan disempurnakan dengan Bumbung Kaca Panorama.

Jentera tiga pintu yang eksklusif ini hadir dengan Lights Package yang merangkumi lampu hadapan Matrix LED dan lampu belakang LED yang menampilkan gubahan Union Jack yang ikonik. Kenderaan ini turut membawakan Ambang Pintu Edisi Pertama dan Ketutup Sisi Edisi Pertama, yang memberi indikasi terhadap keeksklusifannya – “one of fifteen”. Didatangkan dengan geometri pelitup khas. Cermin interior dan eksterior dengan ciri anti-silau juga disediakan sebagai standard. MINI eksklusif ini menampilkan set roda 17 inci dalam dwitona MINI Electric Power Spoke dengan tayar ‘run flat’. Di bahagian belakang, MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan komponen penutup titik pengecasan yang diembos dengan lencana E mengikut warna eksklusif tubuh jentera tersebut.

MINI Elektrik Edisi Pertama dikuasakan oleh motor elektrik segerak dalam versi dinamik terbaru, dibangunkan oleh BMW Group. Enjin elektrik gandar hadapan mampu menjana 135 kw/184 kk, serta unit bateri 12-modul berbentuk T mempunyai kapasiti bersih berjumlah 28.9 kWh,dengan tork berjumlah 270 Nm, dan menghasilkan emisi karbon sifar. Mengguna pakai 16.8 – 14.8 kWj bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km. Mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 150 km/j dan jarak operasi sejauh 234 km (WLTP) atau 270 km (NEDC), jentera ini juga mampu membuat pecutan dalam masa 7.3 saat. Dengan transmisi kelajuan tunggal dan diferensial integrasi yang memaksimumkan sensasi pemanduan ala go-kart MINI.

MINI Elektrik Edisi Pertama lengkap dengan pacuan pedal tunggal yang merupakan sebahagian daripada karakteristik pemanduan yang ditawarkan melalui MINI Elektrik Tulen. Ia bermakna kenderaan berkuasakan elektrik ini boleh diperlahankan pada kelajuan rendah tanpa menggunakan sistem brek, lantas hanya memerlukan penggunaan satu pedal. MINI Elektrik Edisi Pertama menampilkan fungsi pengehad gelincir roda (ARB) yang menambah baik tahap cengkaman secara signifikan dengan membekalkan kawalan yang lebih pantas. Empat mod pemanduan: Sport, Mid, Green dan Green+ disediakan dalam MINI Elektrik Edisi Pertama.

MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI, Waranti Bateri Voltan Tinggi 8 Tahun / 100,000 KM dengan Servis Berjadual Percuma. Harga Jualan yang Disyorkan dengan Pengecualian Cukai Jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah:
MINI Elektrik Edisi Pertama: RM 238,380.78
Dengan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Elektrik Edisi Pertama bermula daripada RM 2,728.00 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).




