
Oleh : ZAIM ZAINAL
Baru-baru ini BMW Group Malaysia mempersembahkan tayangan filem ‘RAMA-RAMA’ yang dibiyai oleh BMW, dimana merupakan hasil nukilan oleh Ekin Kee Charles, iaitu pemenang hadiah utama BMW Shorties pada tahun 2019.

RAMA RAMA mengisarkan tentang pendewasaan seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan kecil yang bertempat di Sabah, ia cuba merangkapkan kecantikan konvensional dari kaca mata kenaifan. Filem ini mencabar para penonton untuk menilai semula standard yang mendefinisikan kecantikan dan bagaimana ia meresap dalam sesebuah masyarakat dan budaya. Adegan yang diperinci serta persembahan hebat oleh barisan pelakon dari pelbagai latar belakang telah menyuntik nafas kepada karya ini, dan menguatkan lagi mesej yang Ekin ingin sampaikan – seperti yang dilihat dalam filem pendeknya sebelum ini yang berjudul PACE.

Tayangan ‘RAMA RAMA’ telah dibuat bersempena dengan BMW Shorties & Chill, iaitu acara Tayangan Digital BMW Shorties yang Sulung. Acara virtual ini, yang juga telah dihoskan di lokasi fizikal mengikut prosedur operasi standard yang ketat, telah menyajikan persembahan muzik, aneka aktiviti bersama alumni BMW Shorties, panel perbincangan, serta tayangan RAMA RAMA.

Menerusi BMW Shorties & Chill, kami meraikan semua individu yang berjaya menangani batasan dengan semangat jitu – Ekin Kee Charles juga merupakan antara individu ini, satu-satunya Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties dari Sabah dan yang paling muda.”

“Sejak 14 tahun yang lalu, BMW Shorties telah berfungsi sebagai platform bagi pembikin filem dan kandungan digital yang sedang menempah nama untuk meluahkan kreativiti mereka – dan kami berbangga untuk menyambung kelangsungan inisiatif ini dalam dekad yang baharu.”“Kita telah menginjak masuk ke tahun 2021, dan kami berbesar hati kerana dapat menyaksikan pembikin filem serta kandungan digital mengatasi cabaran yang terbentang pada tahun lalu, dan kekal bingkas untuk menjurusi landskap dunia yang kian berubah. Ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

Pada tahun ini BMW Shorties akan kembali dengan tema, CHARGE. Ia didorong oleh matlamat untuk memberi sokongan kepada bakat-bakat tempatan untuk menghadapi tahun 2021 ini setelah mengatasi segala cabaran yang ditempuhi pada tahun 2020. Penyertaan akan dibuka semula kelak, dan para peserta dari tahun 2020 juga dibenarkan untuk menghantar semula filem pendek mereka jika perlu. Bagi mereka yang tidak sempat membuat penyertaan pada tahun 2020, anda juga boleh mengambil peluang pada tahun ini.
Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.