Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW Group Malaysia Umum Senarai Harga Baru Dan Mempelbagai Lagi Untuk Pilihan Pelanggan

Posted on January 18, 2021January 18, 2021 by Ekzosmy

BMW Group Malaysia telah mengumumkan senarai harga baru bagi kenderaan BMW dan MINI untuk mempelbagaikan lagi pengalaman pemilikan yang diingini oleh para pelanggan.

Struktur harga baru ini menawarkan pelanggan BMW harga runcit saranan (RRP) baharu yang boleh dipadankan dengan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun atau Pakej Servis 5 Tahun / 100,000km. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan yang diingini dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Servis Berjadual Percuma (“Pakej Waranti & Servis Lanjutan”) seperti sebelum ini tanpa kos tambahan.

“BMW Group Malaysia kini menawarkan para pengedar dan pelanggannya fleksibiliti yang lebih luas dari segi spesifikasi boleh suai serta waranti bagi kenderaan BMW dan MINI, semuanya dapat diakses dalam talian melalui BMW Shop Online dan MINI Online Shop. Ia juga mewujudkan interaksi yang lebih telus antara rangkaian pusat pengedaran dan pelanggan mereka untuk menawarkan produk yang bersesuaian pada harga yang menarik,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Senarai RRP baru juga ditawarkan untuk kenderaan MINI. Warga MINIacs boleh membeli jentera MINI idaman mereka bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma (“Pakej Waranti & Servis Lanjutan”) pada harga yang sama seperti sebelum ini. Sebagai alternatif, pelanggan yang mahu membeli kenderaan pada harga runcit saranan yang mencakupi Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun ataupun Pakej Servis 4 Tahun / 60,000km, boleh berbuat demikian pada harga yang lebih menarik.

Pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia juga meliputi:

  • Bantuan Tepi Jalan serta Hotline Kemalangan oleh BMW dan MINI
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card, MINI Black Card
  • Servis Dalam Talian BMW dan MINI

Senarai penuh bagi harga baharu ini boleh didapati di www.bmw.com.my atau www.mini.my. Pilihan personalisasi yang lebih luas buat para pelanggan boleh diakses melalui BMW Shop Online atau MINI Online Shop.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
379585
Views Today : 803
Total views : 1359197
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes