Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Jualan Kenderaan Proton Menurun Pada Bulan JANUARI Akibat PKP

Posted on February 3, 2021February 3, 2021 by Ekzosmy

Model terlaris PROTON pada bulan Januari adalah Proton Saga. 2,583 unit telah dihantar kepada pembeli, sekaligus menjadikannya sedan segmen-A yang kedua paling popular. Proton X70 dan Proton X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit. Bagi Proton X50, sebanyak 4,809 unit sudah dihantar kepada pelanggan semenjak ia dilancarkan pada 27 Oktober tahun lepas.

En Roslan Abdullah CEO Proton Edar


Model PROTON yang lain pula dijual pada kadar yang setanding dengan prestasi syarikat. Proton Persona berjaya meyandang tangga kedua pada kategori sedan segmen-B manakala Proton Exora kekal sebagai MPV
segmen-C paling popular. Proton Iriz pula mengakhiri bulan Januari di tangga keriga bagi hatchback segmen-B.


“Bulan Januari adalah satu bulan yang agak sukar bagi industri ototmotif Malaysia. Kami mempunyai harapan tinggi momentum yang dibina pada akhir tahun lepas akan dibawa ke tahun baru ini, terutamanya selepas
pengumuman insentif PENJANA akan kekal hingga ke pertengahan tahun. Malangnya, pengumuman PKP untuk kali kedua telah menghampakan harapan itu.


*Namun demikian, PROTON dan ahli-ahli lain industri automotif menyokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal kadar jangkitan. Keselamatan semua Rakyat Malaysia perlu diutamakan dan syarikat-syarikat perlu menukar strategi jika ingin mencapai matlamat dalam keadaan pasaran yang telah berubah,” kata Roslan Abdulah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Walaupun buku pesanan PROTON masih penuh dengan tempahan sejak akhir tahun lalu, syarikat perlu bekerja keras untuk pengeluaran menepati kadar permintaan. Sebagai industri yang bergantung kepada rantaian
bekalan global, syarikat otomotif akan terjejas jikalau ada kelewatan penghantaran bahagian kerana ini akan memberi kesan buruk kepada barisan pengeluaran mereka.

Proton X50



“Langkah-langkah seperti PKP telah memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang datang ke bilik pameran, tetapi PROTON boleh menerima tempahan atas talian untuk meningkatkan jualan kami. Malangnya, talian
bekalan kami telah terjejas oleh coronavirus untuk beberapa bulan lepas dan ini menyukarkan kebolehan untuk membina kenderaan kerana bekalan bahagian tidak konsisten. Situasi ini telah dihadapi oleh semua pengeluar kenderaan semenjak tahun lepas, namun demikian kami menaruh harapan ketibaan vaksin akan menstabilkan
keadaan ini pada pertengahan tahun,” kata Roslan Abdullah.
Walaupun terdapat kelewatan, PROTON berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya untuk tahun 2021 dalam usaha untuk meningkatkan penjualan di dalam dan luar negara.


*Buat masa ini, PROTON akan mengikuti jadual pelancaran produk. Kami akan melancarkan beberapa produk yang menarik pada tahun ini manakala Proton X50 pula akan diberi peluang untuk memantapkan kedudukannya di pasaran serta menerima faedah jualan selama setahun. Kami sedar pasti ada lebih cabaran pada tahun ini dan keadaan tidak akan berubah sehingga virus itu dapat dikawalkan di seluruh dunia, tetapi kami juga memahami bahawa inilah norma baru perniagaan dan pihak syarikat bertanggungjwab untuk menukar cara operasi mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan,” sambung Roslan Abdullah.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380590
Views Today : 1020
Total views : 1363592
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes