Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Diperkenalkan Dengan Harga RM 85,500.00

Posted on February 13, 2021February 15, 2021 by Ekzosmy

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru yang menjadi simbol penghormatan terhadap kepuasan tunggangan bertaraf premium yang dibawakan oleh model ini selama 40 tahun.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW Motorrad telah menjadi tonggak yang penting dalam pembangunan kepuasan tunggangan yang bertaraf premium di atas segala jenis permukaan susur jalan. Kami berbangga dengan keupayaan kami selama ini untuk menjuruterai jentera yang turut memberi penghormatan kepada sebuah model klasik. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru menggandingkan estetika menarik yang mengambil ilham serba klasik daripada R 100 GS serta ciri-ciri teknikal yang moden untuk menjadikan jentera GS pilihan yang terunggul bagi semua jenis susur jalan.”

Tambah beliau, “Berbekalkan pengalaman dalam aspek penambahbaikan serta penggunaan yang berusia empat dekad, model ini merangkapkan jiwa sebenar jentera GS (#SpiritofGS). Dengan menunggang BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru, pengguna dapat merasai keterujaan yang sama seperti model terdahulu yang berjaya mengungguli Dakar Rally 40 tahun yang lalu.”

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” kini membawakan ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) sebagai standard untuk menaik taraf lagi aspek keselamatan pembrekan dan pemecutan. Penampilan berstatus legenda yang memadankan warna hitam dan kuning, rim teranod dalam warna emas, serta karakteristik rekaan pelitup radiator GS menzahirkan sebuah motosikal yang benar-benar bergaya, sekali gus menyerlahkan lagi kehebatan tunggangannya yang luar biasa.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Baru.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” didatangkan dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active sebagai standard, yang menampilkan pelbagai kelengkapan bagi motosikal jelajah yang terunggul ini. Varian GS bersaiz sederhana ini juga lengkap dengan logo rekaan khas “40 Years GS” pada panel sisinya. Reka bentuk dan elemen warna yang menonjol pada motosikal premium ini menjadikannya sebuah tarikan, selain menjulang kedudukannya dalam sejarah model-model GS oleh BMW yang berusia empat dekad.

Dari sudut hadapan, varian baharu ini memperlihatkan siluet berarus yang dinamik bagi meningkatkan kelincahannya, serta hadir dengan komponen pelindung tangan berwarna kuning yang memberi sentuhan penuh gaya. Lampu hadapan LED yang melengkapi jentera ini menampilkan Daytime Riding Light sebagai standard, dan ia dipadankan dengan lampu indikator LED. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” turut didatangkan denganciri-ciri pilihan yang kini disediakan sebagai standard, termasuk rim teranod berwarna emas dan tongkat utama. Tiub serampang tetap berwarna hitam dan pelitup radiator bersadur turut membawakan sebuah kelainan bagi jentera edisi ulang tahun ini.

Di seksyen belakang, varian baru, kini dilengkapi dengan rak muatan serta tempat duduk belakang berwarna hitam/kuning dengan jata GS – memastikan ia menyerlah di atas jalan raya. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru akan ditawarkan secara eksklusif dalam warna eksterior Black Storm Metallic, berserta dengan elemen-elemen rekaan berwarna kuning, dan hanya akan tersedia pada tahun 2021 dengan jumlah unit yang terhad dalam transit. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” masih menggunakan enjin empat injap, dua silinder bercirikan penyejukan cecair dengan injeksi bahan api yang menjamin tujahan berkuasa tinggi menerusi kotak gear enam kelajuan berkapasiti 853 cc. Output maksimumnya bersamaan dengan 70 kW / 95 kk pada paras 8,250 rpm, dan berbekalkan puncak tork berjumlah 92 Nm pada paras 6,250 rpm. Dua komponen aci pengimbang pada jentera ini juga hadir dengan karakteristiknya yang bersifat lancar dan spontan. Tampil dengan kuasa tarikan yang luar biasa serta penggunaan bahan api yang rendah.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru turut dilengkapi dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) serta Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic Electronic Suspension Adjustment) yang terkini untuk memberikan prestasi tunggangan yang tiada tandingannya di selekoh dan di atas pelbagai jenis permukaan jalan. Riding Modes Pro menawarkan Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control) dan Shift Assistant Pro, termasuk empat mod tunggangan yang boleh diakses melalui sisi bar hendal sebelah kanan. Untuk menaik taraf aspek keselamatan ketika membrek dalam posisi menyendeng, ABS Pro menawarkan prestasi dan keselamatan yang lebih tinggi demi kepuasan tunggangan yang maksimum.

Panel instrumen BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci, yang dapat dilihat dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar. Fungsi ‘Connectivity’ juga ditawarkan sebagai standard bagi BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru. Oleh sebab para peminat motosikal di Malaysia menikmati tunggangan jarak jauh dengan jentera GS mereka, fungsi bantuan jelajah juga disediakan melalui Kawalan Luncur (Cruise Control) serta persiapan navigasi bagi peranti GPS yang digunakan demi tunggangan yang lebih memuaskan. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” turut hadir dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), serta sistem pemantauan tekanan tayar (RDC) sebagai standard – sekali gus meningkatkan lagi aspek kemudahan dan keselamatan bagi penunggang jentera kembara yang ikonik ini.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru akan disediakan di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 10 Februari 2021. Dengan ‘Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru bermula daripada RM1,040.00 setiap bulan. Ia berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ bagi pinjaman berjumlah 80% untuk tempoh 4 tahun.

Para pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan dengan rangkaian servis yang bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaru Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baru ialah:

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Baru:                RM 85,500.00

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380585
Views Today : 1000
Total views : 1363572
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes