Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

test power

Posted on October 14, 2016November 16, 2016 by Ekzosmy

Ahmad Fazli Sham membuktikan dirinya masih berbisa sekalipun merupakan antara pelumba paling senior dalam kategori CP130 apabila berjaya meraih kemenangan kedua pada musim ini pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berakhir di Temerloh, Pahang, hari ini.

Bermula dari petak ketiga, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu bermula dengan baik dan berjaya berada di kelompok hadapan dari awal perlumbaan sebelum berjaya menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’22.848s.

img-20161014-wa0009

Persaingan sengit diantara Md Zaqhwan Zaidi (Givi Yuzy Honda Racing) dan Abd Muhaimin Roslan sehingga berlaku sedikit perlanggaran memberi kelebihan kepada Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Yamaha CKJ) dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) untuk naik ke kedudukan kedua dan ketiga dengan masa 13’24.098s dan 13’24.819s.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
216838
Views Today : 210
Total views : 451153
©2019 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes