Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Lima jenama kereta tertua di dunia

Posted on November 7, 2016December 3, 2016 by Ekzosmy

Selepas membaca ini anda mungkin akan kurangkan sikit perbandingan antara Proton, Perodua dengan jenama kereta lain.

Berikut adalah 5 jenama kereta yang dianggap tertua di dunia dan kini jenama tersebut telah menghasilkan pelbagai jentera mewah berkualiti tinggi.

Malah ada antaranya anda tidak sangka jenama tersebut sudah berusia lebih 100 tahun.

peu1
1. Peugeot (206 tahun)

Pemilik Peugeot anda harus berbangga kerana jenama ini adalah antara yang tertua di dunia ini iaitu 206 tahun.

Peugeot bermula dengan perniagaan keluarga dan mula menghasilkan kereta pada 1810.

peu

Sama seperti jenama lain Peugeot juga mengambil masa lama untuk menghasilkan kereta yang benar sempurna dan teknologi mereka sekarang antara yang sentiasa ke hadapan.

280px-1941_tatra_87_49870_front

2. Tatra (166 tahun)

Jenama ini mungkin agak jangal buat sesetengah orang malah ada yang mungkin beranggapan ia adalah satu jenama baharu tetapi sebenarnya Tatra mula diasaskan sejak 1850.

Tatra adalah jenama dari Republik Czech dan semasa 20 tahun pertama penghasilan jenama kereta ini pengusaha mereka berhadapan pelbagai kontroversi.

Kini Tatra masih lagi menghasilkan kenderaan yang tertumpu kepada truck.

corsa-new-one
3. Opel (153 tahun)

Sama seperti perusahaan kereta tertua lain Open membuka pintu perniagaannya di Jerman 1863 tetapi ketika itu bukan menghasilkan kereta sebaliknya menghasilkan mesin jahit dan basikal.

Pada 1899 Opel mula menghasilkan kereta dan pada 1913 Opel muncul sebagai pemain industri permotoran terbesar di Jerman.

renault-megane-bfb-ph1-design-021-jpg-ximg-l_full_m-smart

4. Renault (118 tahun)

Jika anda mahukan kepantasan ini adalah jenama kereta yang meletakkan matlamat mereka kepada kelajuan.

Malah pada permulaan kereta mereka rupa bentuk adalah perkara kedua kerana kelajuan adalah matlamat jurutera mereka.

Mula diasaskan di Perancis pada 1898 dan jentera tersebut terus digunakan untuk perlumbaan awal.

Sehingga kini perlumbaan dan Renault tidak boleh dipisahkan.

3315-16my-fiat-500-panos-homepage-pillar_307x203

5. Fiat (117 tahun)

Fiat diasaskan pada 1899 dan ketika ini jenama tersebut sudah berusia 117 tahun.

Secara jujurnya Fiat diasaskan oleh seorang yang mempunyai keberanian untuk melakukan pembaharuan sekali gus terhasil kereta jenama ini.

Bermula di Itali, Fiat membawa maksud “Let it be done,”.- ekzos.my

Kredit: Wikipedia dan Syarikat Kereta

Auto Global ekzos.my Fiat Opel Peugeot Renault Tatra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
216041
Views Today : 1047
Total views : 448637
©2019 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes