Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Impian Syafiq Rosli beraksi di Taiping tercapai

Posted on November 17, 2016November 17, 2016 by Ekzosmy

Mohd Syafiq Rosli menganggap perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 di Taiping, hujung minggu ini begitu istimewa memandangkan impiannya selama ini untuk beraksi di halaman sendiri akhirnya tercapai.

Syafiq Rosli berharap dapat meraih podium di halaman sendiri.
Syafiq Rosli berharap dapat meraih podium di halaman sendiri.

“Imbas kembali pada era dua lejang, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan Kejuaraan Cub Prix setiap kali ia berlangsung di Taiping. Berdiri di tepi pagar dan memerhatikan nama-nama besar pelumba ketika itu telah mendatangkan minat mendalam terhadap sukan permotoran dalam diri saya. Paling saya kagumi sudah tentulah Ahmad Fazli Sham. Nama Fazli merupakan antara pelumba yang paling berjaya dan saya memberitahu ke dalam diri sendiri, satu hari nanti ingin menjadi sepertinya,” imbas Syafiq.

Selepas lapan tahun, impian itu kini menjadi kenyataan apabila Syafiq kini tidak lagi berada di tepi pagar, sebaliknya berada di grid perlumbaan bersama barisan pelumba-pelumba tempatan. “Saya boleh katakan yang kini saya sama-sama bergelar pelumba profesional meskipun bukan berada sebaris bersama Fazli dan Fazrul. Namun, perjalanan saya masih panjang. Meskipun mungkin tidak dapat untuk berada dalam satu perlumbaan bersama mereka, saya berharap dapat meneruskan legasi pelumba Taiping di Kejuaraan Cub Prix Malaysia ini,” jelas Syafiq.

syafiq memenangi perlumbaan CP115 di Teluk Intan
syafiq memenangi perlumbaan CP115 di Teluk Intan

Meskipun sekadar menghuni tangga ketujuh dalam kelas CP115 setelah beberapa kali terjatuh dan mengalami kemalangan, Syafiq mempunyai rekod cemerlang dengan pencapaian memenangi perlumbaan pusingan kelima di Teluk Intan.

“Persaingan kategori CP115 begitu sengit sejak pusingan pertama lagi. Walaupun beberapa pelumba mengira peluang mereka untuk memenangi gelaran keseluruhan, sasaran saya di Taiping ini sangat mudah. Saya mahu menang di halaman sendiri, di hadapan penyokong, rakan-rakan dan keluarga. Saya mahu berada tinggi di atas podium. Siapa tahu, mungkin selepas ini akan ada dikalangan penyokong yang mengikut jejak saya sepertimana saya lakukan lapan tahun lepas.”

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378488
Views Today : 1413
Total views : 1354723
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes