Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Insentif Menarik Untuk Pembeli Haval M4

Posted on December 1, 2016December 1, 2016 by Ekzosmy

Yakin dengan kualiti produk dipasarkan, Haval Malaysia hari ini tanpa ragu menawarkan pelbagai insentif menarik buat bakal pembeli Haval M4 bermula sekarang hingga 31 Disember 2016.

Terdapat pelbagai insentif ditawarkan seperti jaminan produk sehingga 7 tahun dan tanpa had perbatuan. Setakat ini, Haval M4 adalah satu-satunya jenama kenderaan yang menawarkan jaminan selama itu.

Haval Malaysia juga memberikan insentif tunai tanpa mengira jenis kenderaan bagi menampung baki susut nilai jual beli semula kereta anda sedia ada. Malah, nilai insentif yang sama itu turut boleh dijadikan bayaran muka pembelian Haval M4.

“Haval Malaysia juga bersedia memudahkan proses pinjaman bank buat mereka yang menghadapi kesukaran membuat pinjaman kenderaan,” kata Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamal.

unnamed-1

  • Selain itu, Haval Malaysia turut menawarkan tiga pilihan insentif menarik buat bakal pemilik

Haval M4, iaitu:

  1. Percuma bayaran insurans tahun pertama dan percuma tiga bulan ansurans bank; atau
  2. Servis percuma lima tahun atau 100,000km bagi upah dan alat ganti (yang mana satu tiba dahulu); atau
  3. Naik taraf Haval M4 Comfort kepada varian Premium.

unnamed-2

HAVAL M4

Haval M4 ialah SUV segmen-B yang dijana enjin empat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm.

Semua Haval M4 menggunakan sistem pacuan roda depan dan didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau AMT 6-kelajuan.

Varian Haval M4 Comfort berharga RM53,008 (MT) dan RM60,017 (AT), manakala Haval M4 Premium berharga RM59,839 (MT) dan RM65,852 (AT). Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans.

Terbaru Haval Malaysia memperkenalkan Haval M4 Elite pada harga RM72,659 bersama ciri

lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya. Ciri LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus yang pastinya menambah seri kereta berkenaan. Ada enam warna opsyen iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren. – LUKE

Auto My ekzos.my Great Wall Haval M4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377591
Views Today : 1062
Total views : 1349811
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes