Oleh FITRY MOHD
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan tempahan untuk model baharu Toyota Vios telah dibuka bermula hari ini.
Permulaan tahun baru dengan menaiktaraf model jualan paling laris, Vios dimana ianya lebih memberikan nilai tambah kepada pelanggan. Model 2018 ini dijangka menjadi model paling popular dengan penambahan aksesori luaran dan dalaman yang lebih menarik.
Antara aksesori baharu seperti ‘Parking Sensor’, ‘Shark Fin Antenna’ dan ‘Illuminated Scuff Plated’.
Model Vios merupakan model pertama dalam segmennya yang mempunyai ‘Parking Sensor’. Aksesori ini hanya disediakan untuk model variant TRD, GX dan G sahaja. Sistem hiburan baharu DVD-AVX dengan peningkatan ciri-ciri sediada juga disertakan dengan kamera pandang belakang. Namun, aksesori tersebut tidak disediakan pada model variant J auto dan manual.
Walaubagaimanapun, aksesori sediada seperti ‘Panoramic View Monitor’ dan ‘Digital Video Recorder’ masih dikekalkan.
Seperti sebelum ini, terdapat enam variant boleh dipilih dengan harga permulaan daripada RM74,980.00. Kesemua variant didatangkan dengan sistem Energy Efficient Vehicles (EEV) dibawah pematuhan National Automotive Policy.
Model Toyota Vios ini juga didatangkan dengan 5 tahun warranty tanpa had perbatuan. Warranti juga boleh digunapakai kepada pemilik baru sekiranya pemilik asal menjual kereta tersebut sekaligus meningkatkan nilai kereta itu sendiri.
Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Toyota seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web toyota.com.my. ekzos.my