Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

LITAR MEDINI CITY PILIHAN SHAWN LEE.

Posted on January 19, 2018January 19, 2018 by Ekzosmy

LITAR MEDINI CITY PILIHAN SHAWN LEE.
Oleh ZAIM ZAINAL

19 januari 2018 MEDINI CITY, Johor Bahru. Litar yang lurus dan luas ini memberikan persaingan yang cukup hebat untuk para pelumba Vios Challenge pusingan ini, dimana setiap dari pelumba menampilkan bakat yang tersendiri untuk memperoleh petak mata yang terbaik.

Sepanjang 1.9km litar ini mempunyai tujuh selekoh serta pemanduan mengikut arah berlawanan jam serta laluan sebesar tiga lorong di beberapa bahagian litar, memberikan peluang kepada para pelumba lebih ruang untuk memecut  dan memotong.

Perlumbaan pembukaan tempoh hari di MAEPS pada januari lepas menyaksikan pelumba muda dari pasukan Dream Chaser Brendan Anthony telah merangkul kejuaran bagi kategori Sporting class.

Pada permulaan perlumbaan hari ini, apabila lampu bertukar hijau, Brendan cuba untuk memasuki bahagian dalam litar tetapi dengan permulaan baik Patrick Than dari pasukan Nanoplus yang bermula dari baris keempat untuk kehadapan juga bagi memasuki bahagaian dalaman litar. Walau bagaimanapun dibawah tekanan brek tinggi menyebabkan pelanggaran kecil pada selekoh pertama dimana menyaksikan Patrick terlanggar bahagian kenderaan Brendan dan menolak kenderaannya keluar ke tembok luar pembahagi. Di dalam huru hara tersebut, Dato Ken Foo yang datang dari arah titik buta telah melanggar Patrick serta menghantar beliau ke bahagian dalam dinding dan mengakibatkan bendera merah dikibarkan.

Perlumbaan telah dimulakan semula, dengan kenderaan telah membentuk dalam kedudukan grid permulaan, tetapi dimana Patrick dan Clement dimana kenderaan mengalami kerosakan teruk dipanggil masuk ke dalam Pit. Brendan yang cuba untuk memasuki ruang dalam pada mulanya merasakan bahawa kenderaannya tidak dalam keadaan baik serta mengawalkan penekanan brek, dimana membenarkan Wong Chin Eeg berada di petak luar dan mengetuai dari luar.

Kenneth Koh yang bermula dari petak keempat dengan berani mencuba untuk memotong Dato Ken Foo pada selekoh keempat dari sudut dalam litar, tetapi gagal apabila berlanggar dan menyebabkan bumper keretanya hendak tercabut, dan nasib masih menyebelahinya dimana pihak penilai menilai dan membenarkan beliau meneruskan perlumbaan.

Sungguh terdapat pelbagai aksi dan cabaran yang berlaku di dalam litar dan akhirnya pemandu dari Heiwa Racing Team, Wong Chin Eeg berjaya menghabiskan pada petak pertama dan di ikuti oleh Brendan Paul Anthony dari pasukan Dream Chaser untuk petak kedua dan, Kenneth Koh Keik Lun dari pasukan pelumba Panglima City untuk pusingan pertama hari ini.

Bagi kategori Promosi (Promotional Class) pula juga terdapat pelbagai aksi dari para pelumba dan juga keadaan yang tidak di jangka dimana hujan turun di sebahagian litar membuatkan perlumbaan kali ini lebih mencabar dan banyak aksi yang mendebarkan. Shawn Lee masih lagi memegang kejuaraan di petak no satu dan diikuti rapat oleh Syukri Yahaya. Diana Danielle yang memulakan perlumbaan dengan baik dan diikuti oleh Danny Koo dan dimana Danny Koo berjaya memotong Diana untuk mengejar petak podium. Di dalam pertembungan kali ini hujan turun yang tidak dijangka menyebabkan Danny Koo menekan brek secara kuat diselekoh dan membuatkan Diana terkejut dan berpusing di dalam litar. Akibat itu kemalangan ini menghalang Diana untuk meneruskan lagi perlumbaan.

Sementara itu dalam posisi yang baik Janna Nick  berjaya memotong Fattah Amin untuk merampas petak number tiga. Untuk pengetahuan anda Danny Koo terpaksa memandu di dalam masa penalti disebabkan oleh kemalangan beliau bersama Diana dan memberikan peluang cerah untuk pelumba yang lain kehadapan untuk mengejar kemenangan.

Hujan yang turun tanpa disangka dan membasahi litar menyebabkan Janna melakukan kesilapan hingga meyentuh bahagian dinding dan mengalami keadaan tayar pancit, oleh kejadian itu membuatkan laluan senang untuh Fattah Amin untuk mendapatkan petak podium bersama-sama Syukri dan Shawn.

Untuk kelas kategori Super Sporting pula memberikan aksi yang cukup mendebarkan dimana dengan keadaan litar yang separa basah dan dipermulaan perlumbaan Tengku Djan yang mula pada barisan number dua bergesel dengan Kenny Lee pada selekoh laju. Keadaan ini memyebabkan Tengku Djan berpusing dan melanggar Akina Teo pemandu dari Mudah Racing dan menghantar kereta beliau kesudut dinding litar dan menghalang sebahagian litar. Darwin salah seorang juga yang terlibat dalam kemalangan itu menyebabkan beliau terkeluar dari perlumbaan. Keadaan ini memaksa kenderaan safety car keluar ke bahagian litar. Dan Hujan lebat telah mula turun dan membasahi setiap bahagian litar.

Perlumbaan ini sebanyak 11 pusingan dibelakang safety car kerana keadaan cuaca hujan yang sangat lebat, dan pada pusingan ke 12 para perlumba di benarkan berlumba dengan berhati-hati untuk menamatkan perlumbaan ini. Bendera penamat dikibarkan pada pusingan ke 16 dan menamatkan perlumbaan, dengan ini menyaksikan William Ho memenangi perlumbaan dan di ikuti oleh Boy Wong dan Syafiq Ali untuk petak Podium.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain turut dijalankan di Toyota Gazoo Racing Vios Challenge ini. Anda jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk hadir kesini beramai-ramai dan boleh berjumpa dengan artis kesukaan anda serta melihat secara dekat model-model kenderaan Toyota di bilik pameran Toyota yang disediakan. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Ekzos.my

Gazoo Racing Malaysia Johor Bahru Medini City Toyota Gazoo Racing Vios Challenge
Aktiviti Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380811
Views Today : 546
Total views : 1364526
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes