Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Keifli Othman juara litar Medini City

Posted on January 21, 2018January 22, 2018 by Ekzosmy

Oleh ZAIM ZAINAL

Medini city, Iskandar Puteri 20 januari 2018. Selepas permulaan yang penuh dengan aksi yang mendebarkan semalam bagi Sporting class vios challenge, hari ini untuk pusingan perlumbaan yang kedua lebih tenang di permulaan dengan Wong Chin Eeg bersama Brendan Paul Anthony di petak hadapan.

Apabila bendera dilepaskan, menyaksikan pelumba rookie Wong Chin Eeg memulakan perlumbaan dihadapan bersama pelumba Pro go-kart Brendan mengikuti rapat. Pelumba yang berumur 19 tahun Wong Chie Eeg telah memberikan sepenuhnya pengalaman perlumbaan yang ada untuk membuat langkah yang bersih di dalam hingga selekoh pertama

Brendan cuba untuk menjarakkan jurang, tetapi Wong dengan kesempatan yang ada ini dari kereta Dream Chaser cuba untuk mengekalkan jurang sempit itu. Pasangan itu dengan perlahan mewujudkan ruang untuk bernafas untuk tempat nombor tiga, Kenneth Koh pula sekarang perlu mempertahankan diri daripada Tedco Racing , Brendon lim.

Pada pusingan keenam, jarak semakin jauh lebih dari 5 saat dan bertambah hingga pusingan ke 9  dimana Clement Yeo dari pasukan Team Distinct membuat pergerakkan ke atas Shanmugannathan di selekoh pertama. Pertembungan berlaku, tetapi Yeo berjaya mengawal dan kehadapan menyertai Shan dan Ken yang dihadapan. Clement yang teragak-agak di dalam perlumbaan membolehkan pasangan itu melaluinya.

Dua pusingan seterusnya menyaksikan Clement membina cukup momentum di jalan lurus tetapi tidak cukup ruang untuk memperlahankan kenderaan, lalu menolak kereta Shan sehingga ke bahagian dinding penghalang dan memaksa safety car keluar. Dengan air yang masih keluar dari penghadang membasahi litar dan perlumbaan diteruskan dengan meletakkan satu pusingan di bawah bendera kuning.

Sementara itu pelumba utama masih lagi mendahului di hadapan hingga penghujung perlumbaan. Terdapat sedikit lagi drama di sudut kecil di dalam perlumbaan mantap ini, dimana Patrick Tam membuat pergerakan besar untuk melepasi Goh Eng Peng di bahagian dalam litar pada selekoh kelima. Tetapi terjadi perlanggaran pada bahagian belakang kiri kereta Goh,menyebabkan beliau berpusing dan menamatkan perlumbaannya untuk kali yang kedua dalam minggu ini.

Bagi kategori Promotional Class pula sekali lagi menyaksikan Shawn Lee menguasai perlumbaan dimana memenangi tempat pertama pada pusingan pertama dan kedua. Tetapi Syukri Yahaya juga memberikan aksi yang cukup baik dimana sentiasa mengikut rapat Shawn lee dan menjarakkan jurang dari kumpulan mereka dan Syukri berjaya mengekalkan kedudukan podium nombor dua pada pusingan pertama dan pusingan kedua. Pemanduan Janna Nick pada pusingan pertama juga cukup menakjubkan dan mensasarkan untuk lebih baik lagi di pusingan kedua. Fattah amin sekali lagi mendapat tekanan dari Danny koo di setiap pusingan dimana untuk bersaing untuk mendapatkan petak nombor tiga, tetapi pada pusingan ke sembilan nasib tidak menyebelahi Danny apabila beliau terbabit kemalangan melanggar tembok penghalang dan menyebabkan kerosakan pada suspensi depan dan serta merta tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Dengan kelas Super Sporting melihat enam pelumba teratas berada di hadapan dimana Keifli Othman yang bersaing bersebelahan dengan Tengku Djan di petak permulaan. Apabila lampu bertukar hijau, Keifli memulakan permulaan yang bersih dimana beliau mendahului dan diikuti rapat oleh Tengku Djan. Dengan keduanya mengambil bahagian luar litar sebelum tiba di selekoh pertama, Boy wong yang berada di barisan ketiga melihat peluang ruang di bahagian dalam litar membuat gerakan kedalam. Malangnya pasangan itu berpaling ke sudut dalam,  Boy Wong memaksa Tengku Djan kesudut luar. Pemandu pasukan Nanoplus itu bagaimana berjaya menyatukan untuk terus mengejar Keifli, manakala Syafiq kekal kedudukan ketiga.

Keifli berjaya mengekalkan kedudukan dan menjarakkan diri daripada Tengku, dimana Syafiq Ali memberi tekanan dan mengejar rapat Tengku untuk kedudukan kedua. William Ho pada kedudukan nombor empat dan diikuti oleh kenny lee di kedudukan nombor lima. Pada pusingan ke lapan cubaan oleh Mitchell Cheah untuk memintas Kenny Lee, tetapi di selekoh pertama pada pusingan ke sepuluh iya gagal dan terbabit dalam kemalangan yang mana dari kejadian tersebut beliau kehilangan tayar depan kanan.

Pada pusingan akhir pula menyaksikan Syafiq Ali dari pasukan pelumba M7 terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan menyebabkan tayar beliau pancit, dan dengan ini memudahkan William Ho yang bersaing kesorangan pada posisi keempat mendapatkan peluang untuk memintas Syafiq dan memenangi posisi petak podium nombor tiga.

Ia adalah satu kesimpulan yang mendebarkan dalam perlumbaan hujung minggu ini bagi Vios Challenge. Pusingan penamat perlumbaan ini akan kembali berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan March ini. Jadi jangan lupa untuk menyaksikan perlumbaan akhir Vios Challenge ini.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
216833
Views Today : 183
Total views : 451126
©2019 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes