Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Jetta! Dari Mata Turun Ke Hati

Posted on January 23, 2018January 28, 2018 by Ekzosmy

Oleh FITRY MOHD

Tak kenal maka tak cinta. Perumpamaan itu penulis rasa sesuai bagi model pandu uji kali ini. Baru-baru ini, penulis diberi peluang oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) untuk memandu uji sebuah model Jetta Varian Highline. Apa yang penulis faham, model Jetta ini merupakan model yang meraih sambutan dan mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Ini yang membuatkan penulis tidak sabar lagi untuk memandu uji Jetta !

Jetta yang penulis pandu uji ini lebih memperlihatkan konsep reka bentuk yang mengadunkan elemen moden kontemporari dan beberapa sentuhan sport pada struktur badan kereta. Sama seperti model Volkswagen yang lain, Jetta ini membawa wataknya yang tersendiri.

Melihat pada nadi Jetta yang penulis pandu uji ini, ianya didatangkan dengan unit enjin 1.4 liter TSI dan sistem transmisi automatik tujuh kelajuan Direct Shift Gearbox ( DSG ). Daya pecutan dari enjin ini mampu menghasilkan catatan masa 8.6 saat dari keadaan pegun ke 100km/j yang bagi penulis ianya mampu memberikan prestasi agak memberangsangkan. Diatas kertas pula, Jetta ini mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 220km/j. Hebatkan!!

Walaupun pada luaran, Jetta ini nampak ringkas namun ianya tetap gah dengan padanan rim aloi ‘Queensland’ bersaiz 17 inci. Ianya juga dilengkapkan dengan kamera pandang belakang yang nyata jelas walaupun pada waktu malam. Selain itu juga, varian ini didatangkan dengan lampu belakang LED yang lebih segar dan 8 sensor untuk sistem ‘Parking Distance’. Varian ini juga turut diperkemaskan dengan lampu selekoh, lampu siang, grile krum serta tip ekzos berkembar. Garangkan!

Tinjauan sudut dalaman Jetta ini pula, apa yang penulis perhatikan, papan pemuka Jetta sangat ringkas dan hanya dipadankan dengan trim kayu ‘Zebrano’. Ianya juga turut menyediakan kerusi pemandu boleh laras ketinggian yang mampu menawarkan keselesaan untuk pemanduan jarak jauh. Selain itu, 12v kuasa soket bagi ruangan depan dan belakang turut disediakan pada varian ini.

Penumpang di belakang pula disejukkan dengan adanya corong pendingin hawa. Satu kelegaan pada hari-hari panas. Antara salah satu kelebihan Volkswagen Jetta ialah ruang simpanan barangnya yang agak luas iaitu 510 liter. Kereta yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Sebelum penulis terlupa, model ini juga sarat dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk lapan beg udara, sistem kestabilan kawalan elektronik, sistem brek antikunci, sistem bantuan brek, sensor hujan dan sistem ISOFIX cangkuk kerusi kanak-kanak. Ternyata varian Jetta ini telah dibuat dengan ciri-ciri keselamatan yang mengikut standard semasa. Syabas..

Harga atas jalan yang ditawarkan untuk model Jetta 1.4 Highline ini ialah RM129,578.00 sahaja yang mana bagi penulis ianya sangat bersesuaian

Akhir sekali, jika anda memilih untuk memiliki kereta keluarga dengan harga yang sangat berpatutan, mungkin anda boleh pergi terus ke bilik pameran Volkswagen dan menempah model Jetta anda sendiri.

ekzos.my

 

Auto My ekzos.my kereta Pandu Uji Petrol Volkswagen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
218808
Views Today : 868
Total views : 458684
©2019 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes