Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Navara Black Series lebih segak

Posted on February 5, 2018February 5, 2018 by Ekzosmy

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

HUJUNG tahun lalu Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan Nissan Navara dengan aksesori tambahan dengan panggilan Black Series.

Penambahbaikan itu secar tidak langsung memberikan penampilan lebih garang dan gagah sebagai sebuah pikap. Edisi Black Series itu ditawarkan untuk varian VL, V dan SE.

Baru-baru ini, ekzos.my telah diberi peluang oleh ETCM untuk memandu uji model berkenaan selama beberapa hari. Sebaik mengambil pikap berwarna putih dari Ibu Pejabat Nissan kami terus melakukan pandu uji.

Untuk pengetahuan semua, pikap yang kami pandu uji ini ialah varian VL. Ulasan kami pada bahagian luaran, Black Series yang dimaksudkan merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan termasuk gril hadapan, cover eyelid lampu utama, cover fog lamp, cover cermin sisi, sport bar dan overfender.

Bagi penulis dengan aksesori yang diberikan berjaya membuatkan Navara kelihatan lebih gagah dan agresif. Aksesori yang lain masih kekal sama seperti Navara varian VL yang lain.

Navara masih menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar.

Model itu juga menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang menawarkan tahap keselesaan dan pengendalian seperti sebuah SUV. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh.

Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Harga Navara 2.5 VL Black Series ialah RM124,800. Ekzos.my

 

Auto My ekzos.my Navara Nissan Pandu Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378058
Views Today : 375
Total views : 1351930
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes